KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, July 17, 2012

FYP 2011/2012

Macam-macam hal yang berlaku.
Something to be learn.
:)

ENtry ini aku update bila aku nak cerita pasal FYP sepanjang 2011/2012. Tapi tak publish lagi sehingga di hard-coverkan.
(SO, sekarang da hard-cover dan selamat dihantar. Alhamdulillah. :D)

Kad matric.
Serius aku sedih bila ingat part ni.
Entahla.
Di mana silap, aku tak tahu.
Kad matric aku hilang dan aku ganti baru.
Dan juga yang baru itu.....patah!
Dalam satu tahun!
Gila? Iya. Aku da macam gila.
Pelik? Iya. Aku memang da rasa pelik.

Dan nak dijadikan cerita, school aku di'upgrade'.
Setiap kali nak masuk lab, nak masuk school, harus scan kad matric!
Erghhh!

Tak sanggup didenda RM60 lagi yang aku boleh buat belanja makan 2 minggu, aku pinjam kawan aku punya kad matric.

Terima kasih sangat-sangat kepada siapa yang membantu!
Aku akan buat entry lain kalau berkesempatan nanti. :)

Kerja-kerja makmal...
Haihh..
Aku selalu rasa macam x sempat. Sebab aku punya projek ni, dah macam budak master. phd pun ye kot.
Serius.
Tak tipu.
Aku kena guna teknologi yang aku tak belajar dalam kelas.
Sedih juga la mula-mula tu. Sebab tak faham!

Tapi, Prof aku cakap, masa nila nak belajar.
Ok. Aku take it as a challenge pada diri.
Padahal, hati aku terasa sakit, perit.
Weehhhh! Aku nak buat FYP je kot.
:'(

Budak-budak ni selalu tanya aku
"U tak siap lagi ke?"
"U extend je la."
"U ni tak takut ke x siap lagi?"
Huhu.
Dan macam-macam lagi dorang kata kat aku.

Aku sedih tahu tak!
Tapi, aku senyum je.
Well.. It is better when we show our smiles than we show the sadness. Because the smile can close every thought!

Ye.
Ramai kata aku ni macam tak takut.
Ramai juga yang kata aku bahagia je.
Ramai yang mempersoalkan sempat atau tak.

Tapi,
kawan aku kata aku pandai sorok perasaan.
kawan aku kata aku menangis dalam diam.
kawan aku kata aku mampu lakukan.

Hehehe. Ya! Itulah gunanya kawan kan?
Friends, thanks for being there! :')

Penghantaran dissertation...
Alhamdulillah. Siapa sangka aku mampu siapkan dissertation sama waktu seperti mereka.
Masih terasa ketakutan perasaan sama ada sempat atau tidak aku siapkan labwork. Huhu.
Bagaimana aku mampu siapkan?
Ya. Dengan izin Dia yang pastinya. Senyum comel2. :)

Aku nak print di luar.
Tapi, terlupa, tak withdraw duit lagi.

Allah gerakkan hati aku pergi withdraw dan print dalam u je yang tentu-tentunya sedikit mahal.
Tidaklah aku pergi ke sungai dua.
Rupanya, di sungai dua macam pesta ber'print' pula. Cuma kalah sikit la dengan perhimpunan Hijau dan Bersih. Kui3.
Rupanya juga, supaya aku tak perlu hantar dissertation sesi petang.
Alhamdulillah.
:)

Tapi, lepas sign sebab da hantar, hati aku berdebar-debar.
Aisyhh. Ape pulak ni...
Balik tu, aku sambung qada' tidur.
Tengah sedap lena di ulit mimpi, minda bawah sedar aku tunjukkan benda yang aku patut superscript!
Dang!
Tersentak jantung aku.
Harap-harap, examiner tak perasan.
Sebab aku subscript je benda tu.
Adeeh!

VIVA!!!!
2 Julai 2012
Waaah! Aku presentor terakhir.
Nervous weh. Nervous.
Serious aku tersangat nervous.
Tapi, konon bajet cool, aku ketawa-ketawa, siap makan sup lagi sampai tudung aku kotor.
Haha.
Tahniah pada diri.
Dah sudah. Macam mana nak menggayakan tudung tu pun aku xtahu.
Hentam jelah.

Sebenarnya, tersangat takut.
Ada satu benda tu aku memang pepandai buat sendiri.
Kalau kena tembak, memang aku dah mati.
Huhu.

Nasib baik.
Fuuuh!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Examiner 1 x datang.
Fuuh!
Tapi.....confirm-confirm thesis aku panjang berjela kan kena betulkan?
Kui3.
Clap3!

Correction Dissertation
Wahaha. Tengok-tengok, takdelah banyak mana aku kena betulkan.
Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.
Hehe.
Cuma em cuma.
Examiner suruh aku improvekan english language.
Grammar aku la yang tunggang langgang tu. Huhu.

Kelakar pula bila ingat balik.
Heeehe.

Hard Cover. Finally!
Hehe.
Hidup ini, pasti ada dugaan.
Takkan takda dugaan kalau tidak bernama manusia. Kan?

Orang lain da siap hantar, aku orang terakhir yang hantar.
Hahaha. Gelak comel-comel.
Bukan pe.
SV aku ajak jumpa dulu sebelum hantar. Bincang-bincang.
Tapi masalahnya, beliau busy.
Asyiklah tertangguh.
Huhu.

Itu yang sedih sikit. Hehe sikit je.
Yelah.
Orang lain da upload gambar thesis dorang, aku baru nak p print.
Kui3.

Macam-macam hal.

Tapi, yang pastinya, FYP ini bakal dirindui.
Kesakitannya. Keperitannya. Kelelahannya.
Top of it, PENGALAMAN yang tak mungkin aku dapat kat tempat lain.

Sangat bersyukur punya keluarga, teman, kakak masters dan supervisor yang sangat-sangat-sangat membantu dalam menghasilkan dan menyiapkan projek tahun akhir ini.
Dan terima kasih yang paling utama, tentunya kepada DIA! ya DIA! Alhamdulillah. :)
Tanpa kemampuan yang DIA titipkan ke atas diriku yang serba lemah ini, aku tak rasa aku mampu harungi semua ini.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ok.
Sekian, entry terpanjang abad ini yang merangkumi summary aku sepanjang FYP 2011/2012.

Terima kasih semua! ^_^
Love you all!

0 org berkongsi rasa: