KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, June 23, 2012

One step taken.

Khamis, 21 Jun 2012.

Bungkusan tudung bidang 60' sampai.

Excited? Haruslah. :)

Bila buka, ya Allah...Cantiknya tudung-tudung ni.

Hati berdebar lain macam.

Aeh...betul ke aku nak pakai macam ni. Betul ke betul ke?

Serius. Tak macam drastik sangat ke?

Macam-macam otak aku fikir. Jantung ni, toksah cakaplah.

Berdegup lain macam. Macam ape je.

Terus mesej teman yang tahu akan hasrat hati aku.

Air mata bertakung. Takpe. Tahankan. Diam.

Jumaat, 22 Jun 2012.

Aku ambil satu tudung yang sesuai dengan baju kurung untuk menghadapi exam sekejap lagi.

Serius. Berfikir lagi. Takpe ke? Takpe ke?

Apa orang kata? Orang nampak ape?

Haisyh...Takmo3. InsyaAllah. Aku buat semua ni, sebab Dia!

Sebab aku nak jaga diri aku. Aku da besar. Dah besar okay.

Tapi....takpe ke? Takpe ke?

Arghhh! Kalut.

Aku gagahkan juga tangan menggosok tudung itu.

Excited. Berdebar.

Alhamdulillah. Tudung itu terletak molek di atas kepalaku.

Aku lajukan langkahan kaki. Pantang nampak orang, aku tundukkan wajahku.

Malu...Malu jika mereka kenal waktu silamku.
Malu...Malu jika mereka kenal sikapku yang dahulu.

Iya.
Aku takdela baik sangat.
Dan aku juga bukanlah teruk sangat.
Cuma aku belum cukup solehah.
T_T

Bila aku pakai tudung itu, terasa macam tak layak.
Arghh!!

Ya Allah..
Semoga Engkau hadiahkan istiqamah keatasku serta kawan-kawanku untuk terus mengesakanMu.
Semoga hati kami tidak berbolak balik di atas segala kebaikan.
Aamiin.

Notakaki:
Aku memang berniat nak menutup sepenuhnya selepas aku tamat di USM.
Tapi, aku takut terlewat.
Lagi-lagi, hati aku begitu berdebar melihat tudung-tudung labuh itu, aku terus order.
Maka terawallah sikit perubahan yang sekecil hama ini.
Sebenarnya.....at the same times,
Aku takut juga jika hidayah ini Dia tarik.
Sebab itu, walau hati aku rasa takut, malu dan sebagainya, aku teruskan juga.

Kenapa selepas tamat USM?
Sebab aku taknak orang pandang aku.
Aku taknak ada orang cakap apa-apa.
Tapi, aku terlupa.
Kenapa aku perlu memikirkan pandangan manusia, sedangkan pandangan DIA padaku selama ini asyik memerhati?
Oh hatiku sebak.

Doakan supaya aku berubah sikit-sikit tapi kekal istiqamah.
InsyaAllah.

4 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

alhamdulillah..tahniah Nur...

usah pandang belakang lagi..usah fikirkan kata2 negatif orang... berubah kerana Allah kan..?

akak pun sedang baiki diri juga..tuk jadi yg lebih baik... betul tu...takut tak sempat....sama-sama lah kita... :)

nunama [REPLY]said...

yup. insyaAllah kak.

Tapi takut juga. Hati ni....haiiihh. Risau.

Yeayyh! Bersama kita mendapatkan redhaNya. Aamiin. :)

azian azman [REPLY]said...

i really hope i can make this changes to myself...really hope!hmmm

nunama [REPLY]said...

you can do it! Just believe! :)

Alaaa serius. Kita pun takut gak. Takut tak jadi "baik" macam orang nampak. Huhu.

Semoga berjaya! ^^