Pakcik Tua itu...
Kerjanya menjual ubat dari satu meja ke meja yang lain.
Dari pagi hingga petang.
Pakcik Tua itu...
Tidak pernah lelah.
Tidak pernah malu.
Tidak pernah marah
Kalau barang jualannya tidak laku.
Ok. Intro.
[kedai makan Gelugor, 18 Januari 2012]
Selalu tak kalau tengah makan ke duduk kat rumah ke, ada orang datang nak jual barang. Tak kisahlah pape. Kerepek ke, ubat ke, Al Quran ke. Kalau tak selalu mesti pernah kan?
Tetiba macam terfikir. Kalaulah yang menjual itu Ummi dan Abah kita, adeeeh! Sakitnya rasa. Peritnya rasa.
Emm.
Masa berpraktikal dulu, pernah datang seorang pakcik menjual tafsir Al-Quran ke office kami. Masa tu, aku duduk kat tepi sana sikit. Sebab pakcik tu jual kat meja kakak officemate. Aku tengok jela. Plus, waktu tu, dah nak masuk lunch hour.
Pastu, kakak officemate aku da ada tafsir tu. Aku pun dah ada. Harga yang dijual oleh pakcik tu juga agak mahal tak seperti yang aku pernah lihat di toko-toko buku.
Tiba-tiba, LI-mate aku merangkap ex-classmate semasa di matric buat macam ni. Dia berbasa basi dengan pakcik tu. Gayanya, macam nak beli. Aku mendekati beliau sambil bagi isyarat yang harganya agak mahal. Macam tak patut. Tapi, beliau insist bertanya itu dan ini dari pakcik itu. Aku pun diam kejaplah.
Tak lama kemudian, pakcik tu pun bergerak ke tempat lain.
Haaa masa tulah, kawan aku tu cakap,
"kesianlah pakcik tu. Tak sampai hati nak tolak terus."
Aduuuh! masa tu, rasa macam.....jahatnya aku! Arghhhhh!!
Sebab itu, lepas kes tu, aku akan jadi seorang yg stiff bila ada org datang. Adeeh. Kadang-kadang tu, aku hanya mampu senyum. Dalam hati.....haiih! Bersalah dan sewaktu dengannya.
Huhuhu.
Maafkan saya pakcik. :'(
2 org berkongsi rasa:
hehe... rezeki pakcik tu... :) kdang2 kita simpati, tapi kita org tak berduit utk beli yg mahal2... sedangkan kita pun dah ada bnde yg sama kan... :)
Abu Huzaifah:
kan....? em xpelah. Mampu bagi "senyuman" sahaja kat pakcik tu.
:)
Post a Comment