KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, February 21, 2012

Demam

Assalamualaikum. :)

Kalau demam, sakit, kemanjaan terserlah. Mengada terlebih. Gedik pun terlebih. Haha.

Well... itulah lumrah orang sakit. Hendak dibelai. Sungguh mengada bukan bagi orang yang tidak sakit?

Itu, jika hidup berdua. Hidup bersama keluarga. Bolehlah bermanja-manja.

Kalau hidup seorang, sakit-sakit pendam sendiri. Hanya mengharap simpati dari orang yang mengingati diri ini.

Patutnya, sudah sihat sepenuhnya lepas pengsan satu hari di bilik. Tapi, tetap pening kepala dan selesema. Oh. Batuk nak juga menumpang? Jumpa doktor. Ditambah ubat ape-apentah lagi. Tahniah buat diri.

Dah 3 hari.

Sudah-sudahla tu ye.

Masa lapang sebelum waktu sibuk.
Masa sihat sebelum waktu sakit.

Perlu untuk sihat.
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
(Dibaca 3 kali)
اَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَبِقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِمَا اَجِدُ وَاُحَاذِرُ
Aku berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya
dan kejahatan apa yang aku deritai dan aku khuatirkan
Sisakit hendaklah memperbanyakkan bacaan berikut :
لا اِلهَ اِلا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ وَحْدَهُ
لا شَرِيْكَ لَهُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
 لا اِلهَ اِلا اللهُ ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِاللهِ
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Tiada sekutu bagiNya, Tiada Tuhan melainkan Allah
bagiNyalah Pemerintahan dan Kerajaan dan bagiNya segala pujian
Tiada Tuhan melainkan Allah
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah
Rasulullah s.a.w. menyapukan tangan baginda ketubuh ahli keluarga
yang sakit dengan tangan kanan lalu membaca
اَللهُمَّ رَبِّ النَّاسِ مَذْهِبَ البَأسِ اِشفِ اَنْتَ الشَّافِى
لا شَافِى اِلا اَنْتَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمَا
Ya Allah, Tuhan segala manusia, yang menghilangkan penyakit
sembuhkanlah. Engkaulah penyembuh selain Engkau
sembuh yang tidak meninggalkan sakit lagi
Riwayat Muslim

Doa untuk sembuhkan pening dan demam
بسم الله الر حمن الر حيم, بسم الله الْكَبِيرِ
نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan nama Allah yang Maha Besar
kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah
dan dari kejahatan kepanasan neraka

Doa sebelum makan/minum ubat
بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى
َلا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah,
Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau
Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu
Doa selepas makan/minum ubat
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِى كَفَانَا وَاَرْوَانَا غَيْرَمَكْفِيَ وَلا مَكْفُورِ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kami kecukupan
dan kepuasan yang tidak terabaikan dan tidak tertolak
Doa supaya lekas sembuh
اَسْاَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ اَنْ يَشْفِيَنِى شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung agar menyembuhkanku
benar-benar sembuh yang tidak terabaikan dan tidak tertolak.
Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya
Berusahalah mencari penawar.
Iringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah

2 org berkongsi rasa:

Penulis Tegar [REPLY]said...

Bismillah...sedikit perkongsian utk semua dan pemilik warkah ini.

Telah diciptakan kaum hawa itu berbekalkan hati yang lembut dan sesekali mahu di beri perhatian. itu lumrah fitrah kejadian kaum hawa. biar orang tak faham , tapi Allah Maha Tahu.

Jadikan sakit medan tarbiyyah untuk lebih dekat dengan Allah. sakit bukan selalu, tapi sesekali. tanda Allah masih sayang. syukur..

Kadang2 persoalan di minda orang sebelah kita tak sama dgn kita. Tapi Allah lebih tahu isi hati masing2. pasrah..

hadir kan senyuman walau hati tak mampu tersenyum :)

opsss teronline pulak..ada bateri atas meja rumet. peluang pinjam meminjam masih terbuka.

Salam alaik ;)

nunama [REPLY]said...

Ok. Terima kasih. hehe. :)

em dimaafkan untuk kali ini. Lain kali, tinggalkan 'ia' di dalam drawer. ;p