KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, January 7, 2012

Usrah #1


Salam Ceria! :D


Alhamdulillah. Berpeluang pergi ke usrah. Hehe. At first, saje nak release tension lepas setengah hari tido sebab pagi tadi ada satu paper exam.

Gila tak? Tido lepas zohor bangun sebelum asar. Isyh3. Lepas bangun tido, macam tingtong jap. Nak study, tak absorb. Ni yang rasa nak bermain-main. Tapi..............

Daripada bermain-main, baik pergi usrah kan? Itu fikiran aku semasa perjalanan ke sana. Dah la, kawan aku balik kampung. Mulalah hati berbolak-balik. Ceeeh! Ko pergi usrah sebab kawan ke apa? *hati berkata-kata.

Pengisian hari ini,
1. Kita berbuat baik bukan untuk JannahNya. Tetapi untuk mendapat keredhaan Allah.
Haaa... Kadang-kadang kita tak sedar. Bila kita lakukan sesuatu kebaikan itu, kita mesti nak dapat pahala. Kononnya nak dapat hadiah "Jannah" daripada Allah. Tapi, sebenarnya, hadiah "Jannah" itu tak setimpal mana pun dengan pahala kita. Jika kita kumpul pahala kita even 7 lautan, seluruh muka bumi sekalipun pahala kita, still tak setanding dengan "Jannah" Nya.

Sungguh kita manusia yang sangat perasan kan?

Keredhaan Allah itu lebih utama. (Ok. Angguk-angguk kepala.)

Padahal, tadi............... hehe. Ok. Refresh niat semula. Betulkan niat. :)

2. Syukur.
Err. Yang ni, aku nak ulas nanti, panjang berjela pula entry ni. Haha. So, sila rajinkan diri baca link INI. Entry ni dapat cover semua sekali. InsyaAllah. Baca tau. ;)

3. Pertolongan Allah itu amatlah dekat.
Kita tak perasan. Kita tak sedar. Dalam kita meminta, kadang-kadang Allah tak bagi seperti yang kita minta. Tapi, pasti Allah akan berikan sesuatu kepada kita. Mungkin melalui saluran yang lain. Allah sentiasa ada. Sama ada, pengharapan kita masih kepadaNya atau tidak. Di sinilah Allah mahu menguji sejauh mana kasih sayang kita kepadaNya.

Analogynya begini.

Kalau bil telefon, bil elektrik, bil broadband, bil astro dan sebagainya. Lambat je bayar, kita pasti dapat panggilan. Nak potonglah apalah kan?

Tapi Allah bukan begitu. Dia masih beri nikmatNya kepada kita. Mungkin kita lalai, kita tak baca Al Quran setahun, buat jahat selalu, buat perkara mungkar, tapi Dia tak pernah putus 'connection' Dia dengan kita. Masih lagi memerhatikan kita. Lihat. Betapa Allah amat menyayangi kita. Em berfikir sejenak.

4. Fitrah.
Ya. Semua orang nak jadi baik. Sebab apa? Sebab memang kita dilahirkan dari sebegitu. Lahirnya kita dalam keadaan fitrah. Suci. Bersih. Semuanya baik-baik. Sebab itulah, janganlah pula kita menghukum orang sesuka hati. Eh hello. Mereka juga inginkan kebaikan. Jadi, terimalah dengan hati terbuka jika ada orang meminta supaya didoakan kebaikan untuk dirinya. Maka, berdoalah untuk mereka.

Tapi itulah manusia. *cakap pada diri. Bila nampak orang tu nak jadi baik je, mulalah pasang daun ketupat ke buka kedai kopi ke teh ke. Biarlah dia nak jadi baik. Kan ke bagus tu. Katakanlah dia nak jadi baik sebab menunjuk. Suka hati dia. Itu urusan dia dengan Allah. Kita siapa nak cakap bad things pasal dia?

5. ABJZ (Anda Bijak, Jauhi Zina!)
Haa. Ini benda baru. Satu program bawah Raudhatus Sakinah. Ape? Ko gila? Pasal seks bebas, perempuan terlanjur blablabla. Eh eh eh. Relax. Ini merupakan program kesedaran. Salah satu pendedahan kepada masyarakat bahawa zina itu teruk sebenarnya. Program yang menarik. Nanti, rajin-rajinkan diri search ape itu ABJZ. Program dia dan sebagainya. Macam seronok! Kawan-kawan, nanti kita pergi k. Ehem!

Sebenarnya banyak nak cerita. Tapi segan nak tulis panjang-panjang. Takda siapa nak baca. Aku bukanlah reti sangat bab-bab ini. Hehe. Tapi bestlah dapat juga berkongsi sikit kat awak.

Ok. Itu je. Assalamualaikum. :)

Ohhh. Boleh tak korang rajin pergi cari kat Youtube tengok cerita pendek. Tajuk dia Kun Fa Yakuuun. Cerita dari seberang. Tapi, bukanlah merepek meraban macam cite Bawang Putih Bawang Merah. Haha. Tengok tau. Nanti, aku share cerita tu kalau korang tak sempat nak tengok. Umairah yang suggestkan. Best!!

Sebenarnya, usrah ni, bukanlah macam nak buat komplot ape ke ape. Tapi, lebih untuk menjalinkan ukhwah. Dapt jumpa orang baru. Kenal orang baru. Antara indahnya Ukhwah. Hehe.

Kerana DIA, aku dan kau bersama. ;)

Tata.
XOXOXO

p/s: ayat diolah sesuka hati mengikut kefahaman penulis. Adeeh!

0 org berkongsi rasa: