KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, January 12, 2012

Buang yang keruh, Ambil yang jernih.

Salam. :)

Kadang-kadang, kita perasan orang tu buat salah pada kita. Tapi, adakah kita sedar, mungkin sebenarnya, kita yang bersalah pada dia? 

Aish manusia. Susah bila mahu ikut kepala sendiri. 

Kita memang suka mencari alasan yang kita tak bersalah. Padahal, memang kita yang bersalah kan? 

Astaghfirullah. 

Aku terdiam bila membaca status Prof Dr Muhaya di FB. Katanya, 

“Bila jumpa seseorang bayangkan kali pertama jumpa dan jangan kenang perkara yang lalu dan buang semua prasangka. Lihat bagaimana hubungan kita akan menjadi indah” 

Haa… 

Buang segala prasangka. Barulah kita boleh menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia. 

Tapi, kadang-kadang itu, hati memang tidak tahan juga. Lagi-lagi jumpa orang yang pernah buat kita menangis, buat kita sakit hati, buat kita marah. Adeeh! 

Wahaiiilah hati…… 

Rasa macam nak cekik-cekik je kan orang tu? 

Aeh2. Sabar. (Waah! Perkataan ini lagi.) 

Tapi itulah kita. 

Suka sangat menilai orang. Memandai je. Entah-entah, orang yang kita nilai itu jaauuuuuuuuuuuhhhhhh lebih baik daripada kita. 

T_T 

Tak ke rugi namanya tu? 

Senang-senang je dia dapat pahala yang kita kumpul seciput tu. Dah la pahala kita ciput, bertambah ciput la nampak gayanya. 

Aiissyyhhhh. 

Sebab itulah, kita kena selalu muhasabah diri. Cuba cari solusi untuk masalah diri. 

Selalu sangat cari kesalahan orang lain. Padahal, itu MEMANG salah kita. 

Sendiri buat, taknak mengaku. Ceeh!! 

Jadi, selepas ini, renung-renung diri. Mungkin bisikan hati yang mengatakan “orang tu” salah, “orang ni” salah sebenarnya, kesalahan kita sendiri. Cuma, sikap defensive diri atau dalam bahasa psikologinya, pembelaan diri telah menguasai diri. Tak mahu dengar pendapat orang lain.


Kadang-kadang sifat ini elok jika sesuai pada tempatnya. 

[monolog dalaman]

4 org berkongsi rasa:

nabilahyahya [REPLY]said...

sabarlah duhai hati..^^

nunama [REPLY]said...

hihi. mengada kan? wakaka. thanks babe! ^_^

nabilah_2908 [REPLY]said...

pernh juga...bila terserempak dgn dia..cuba tak fikir apa yg pernh dia buat dulu....tapi tetap teringt..

jalan terbaik, mengelak la dari bertemu.... :)

nunama [REPLY]said...

kak Nabilah:
huhu itulah. kadang-kadang mengelak ni, macam lari dari masalah je. sampai bila hati tak tenang. sampai bila masalah x dapat nak selesai.

adeeeh! dilema betul.

hehe. ok. thanks kak. :)