Salam Ceria kawan-kawan! :)
macam mana puasa? Ada yang dah ponteng? Ehem! Haha. Iman pula bagaimana? Makin naik atau sama level atau menurun?
haaa! itu yang bahaya. For me and myself, haisyhhh. banyak yang perlu diperbetulkan.
Masa hidup dan tinggal dengan kawan-kawan, mereka ada untuk saling mengingatkan. Baik zaman matrikulasi, universiti. Nak buat amal banyak-banyak pun best! Sebab ada geng. hehe. Bersyukur dapat dorang! ^_^ Padahal, benda ini semua boleh sahaja buat kan? Yang penting hati! Tapi itulah. Lemah betul!
Plus, kat rumah ni, macam-macam perlu difikir. Bukan keperluan diri sahaja. keperluan orang-orang sekeliling harus difikirkan juga. (huh! Alasan!) Padahal, abah ada je ingatkan. Tapi itulah... Entah. Isyh3 teruk betul!
Emmm puasa ini memang takda istilah tidur siang kan? Macam banyak je kerja. So, selain buat amalan-amalan sunat yang tak berapa nak banyak tu, aku sedang menghabiskan buku motivasi Dr HM Tuah-Ada Bagus. Dah lama terperap dalam bilik. Beberapa bulan sebelum puasa lagi dah beli. Tapi, tak khatam-khatam lagi.
Ada benda yang buat aku terfikir semasa membaca salah satu bab dalam buku itu.
"Bagaimana kita akan hidup nanti dengan orang yang tidak sependapat dan sefikrah dengan kita?"
Aku terfikir hal ini juga disebabkan keadaan orang-orang di sekeliling aku sekarang ini.
Dari sudut kawan, yes! Pasti tidak sebulu kan? Ada sahaja yang tak kena. Kita fikir lain. Dia fikir lain. Tapi, takpelah. Sebab kita masih punya kawan yang lain yang boleh bersama-sama. Kalau tak dapat kawan dengan Si Polan, dapat kawan dengan Si Pilin. Kan?
Tapi, bagaimana kalau sudah berumah tangga? Haaaa! itu yang jadi isu. Bila tidak sependapat dan sefikrah, rumah tangga jadi huru-hara. Macam-macam hal berlaku. Gaduhla. Apela. Itu yang tak sedap. Itu outcome yang mungkin boleh berlaku. Dan mungkin outcome lain, kita berubah seperti mana pasangan kita itu. Kalau pasangan kita baik, kita berubah jadi baik, tak jadi hal la kan. Tapi, kalau pasangan kita tak baik, kita pun berubah sama jadi tak baik, itu yang jadi masalah!
Macam kawan, kita boleh cari kawan yang sekepala. Tapi pasangan hidup semati ini, takkan kita terus nak tolak tepi kan? Itulah dinamakan ujian.
Jadi, macam mana kita nak hadapi ujian itu, semua bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita sendiri yang inginkan baik-baik, maka kita akan lakukan perkara yang baik-baik. Tapi, jika kita sendiri taknak berubah dan masih di takuk lama, maka hiduplah kita seperti itu.
Bila difikir-fikirkan, kita ni memang tak bersyukur. Ada sesuatu yang Allah ingatkan dalam setiap ujian yang Dia timpakan ke atas kita. Tapi, masih lagi lalai. Masih lagi terleka.
Tepuk diri, tanya akal dan hati.
Hari itu, ada seorang kawan lelaki bagi nasihat. Senior aku la lebih kurang. Dah bertunang. Dia kata macam ni,
"ape-ape pun nak cari kena cari yang sefikrah dengan kita, yang boleh tarbiah kita, yang boleh bimbing kita...dan nak bagi tahu..nak cari lelaki yang baik...carilah lelaki yang melayan ibu bapa dia dengan baik..insyaALLAH cik bella pun akan dilayan dengan baik..hehe.. =)"
Masa aku baca apa yang dia tulis tu, tersentap jap. Betul juga kan? Dia lelaki. Dia haruslah tahu sifat lelaki.
Ada kakak senior aku cakap,
"kalau kita nak yang baik, kita kena jadi baik dahulu. Jangan nanti asyik menyalahkan antara satu sama lain. Kamu nak, kamu usahakan dulu. Jangan nak tunggu dia yang buat dulu."
Betul juga. Jadi, nanti tak timbul isu "ko punya pasal la aku jadi macam ni!".
Yang baik ambil, yang buruk, abaikan.
Salam! :)
p/s: buka minda luas-luas.
6 org berkongsi rasa:
terperap jgak 2 novel dlm bilik.. xpe nanti sy sambung baca sikit2 ^^
kdg2 kita x sedar kita dh berubah sbb dipengaruhi pasangan kita kn...
hmm...betul la tu...inginkan yg terbaik...tp tak sedar diri yg diri sendiri bnyk kekurangan.. ;)
Caliph:
haha. haaa! sambung2. xda masa nih. :)
kan? emm semoga semuanya baik-baik sahaja. Amiin. :)
Kak Nabilah:
tahu takpe. duk cari salah org. salah sendiri x nmpk. huhu.
salah di mata, kalau tak nampak.
salah tafsiran, kalau tak dinilai.
-trilogi cinta-
:)
setuju ngan apa kakak tu cakap.. bila kita jadibaik.. insha allah, kita akan dapat yang baik.. kalau nak cari yang baik, belum tentu esok lusa dia akan baik.. banyak sangat contoh kan? biasanya cas positif akan bersama dengan yang positif jugak..=)
Amni:
yup3. hehe. so, kalau inginkan yang soleh, jadilah solehah dahulu. (ni ayat kakak senior tu juga. Hehe.) :)
ape-apepun, Allah lebih tahu. Boleh jadi Dia mungkin nak uji kita dengan wujudkan pasangan yang tak sehaluan dengan kita. Jodoh itu kan rahsia Dia. ^^
Thanks bagi pendapat. :)
Post a Comment