KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, August 19, 2011

Anak. Hargai Orang Tuamu.

Salam untuk sentiasa bahagia kawan-kawan! :)

Tadi, terjumpa video ni kat FB. Kak Nabilah pun ada post pasal video ini.


Tengok tak? Sedih kan?

Tapi itulah kita ni sebagai anak. Ada sahaja yang tak kena di mata kita. Lumrah manusia memang begitu. "Gajah di depan mata, tak nampak. Kuman di seberang laut, nampak"

Tak pernah nak menghargai orang yang paling rapat dengan kita.

Bila ibu dan bapanya seorang yang tegas....
Takut.
Tapi tak hormat.
Memberontak dalam hati. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.
Bila dah besar, buat hal masing-masing.
Benci pada orang tua sendiri.

Bila ibu dan bapa seorang yang baik...
Seronok.
Tapi, mudah buat sesuatu perkara yang menyakitkan hati mereka tanpa disedari.
Pijak kepala mereka.

Apabila berlaku sesuatu yang tak baik pada diri, mula menyalahkan.
Katanya, "ibu bapa aku tak pernah larang aku buat begini, buat begitu"


Ada je kan?
Memang sifat suka menyalahkan kah?
Kadang-kadang, terfikir, aku ni nanti nak jadi ibu bapa yang macam mana ye?

Apa yang penting, bersyukur dengan apa yang ada itulah yang terbaik. :)

Salam Ramadhan Kareem. Lagi 10 hari lagi. (n_n)

p/s 1: peringatan untuk diri sendiri. huhu.
p/s 2: update secara pantas. Tak sempat nak elaborate lebih. Feel free untuk kongsikan pendapat anda k. Kamsahamnida ^_^

3 org berkongsi rasa:

caliph shuriken [REPLY]said...

sy risau sbb...

p/s: tiba2 jaa nmpak satu ayat korean kt ending en3 ni ;p

nabilah_2908 [REPLY]said...

bila dah xde...baru la tahu menghargai kan..? ;)

nunama [REPLY]said...

Caliph:
hahaha. biasala. kita kena variasikan bahasa. errr~~

Kak Nabilah:
haaaa! tahu takpe. haisyhh. sabar sahajalah. hee. :)