KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, July 26, 2011

Putus.

Salam..

Putus Kasih. Serius. Memang sakit. Mana taknye, selepas segalanya dikongsi bersama, tidur sekatil, berkongsi rasa. Tup tup, pergi tinggalkan kita. Rasanya tak sama seperti putus cinta. Walaupun putus cinta sakit juga. Tak sesakit dan sesedih putus kasih.

Putus kasih lebih parah apabila ada anak hasil perkongsian bersama.

Segala-galanya seperti hilang arah. Apabila teringat, terasa sebak hati. Kalau tak dirawat secepatnya, mungkin boleh membawa kepada penyakit. Rabun mungkin. Akibat nangis yang terlalu.

Bukan sengaja untuk mengingatkannya. Tapi, apabila masih berada di kawasan bermadu asmara, pasti terasa kesayuan itu.

Siapa yang menginginkan? Tiada!

Perit. Pedih. Semua itu ditanggung sendiri apabila pihak sebelah sana mabuk cinta dengan yang baru. "Habis madu, sepah dibuang". Begitukah?

Sadis sungguh.

Senang sahaja melafazkan. Kadang-kadang rasa tak adil. Tapi, Allah lebih tahu.

Wahai hati yang sakit, bersabarlah. Hanya kamu yang merasai sakitnya hati itu. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya."

Syaitan amat suka dan riang ria apabila suami isteri bertengkar dan akhirnya bercerai.

Oleh itu, bersabarlah dalam melayari bahtera perkahwinan. Jangan fikir seronok sahaja. Kedua-dua pihak harus percaya, buang prasangka buruk, elakkan salah faham dan toleransi.

Mood: Masih lagi tertarik dengan watak hero KCB, Abdullah Khaerul Azzam. Begitu sabar melayan karenah isterinya, Anna Althafunnisa'.

"Bangunlah isteriku. Aku sudah memaafkan kamu."
Aku yang sejuk hati dengar dia cakap macam tu. Hahahaha. :P

p/s 1: Antara poligami dan putus kasih, keduanya akan rasa sakit juga. Kalau aku, ntahlah. Tak mahu memikirkannya.

p/s 2: Tiada kaitan antara yang hidup dan yang sudah pergi.

8 org berkongsi rasa:

tot tot kecik [REPLY]said...

salam..


poligami dan putus kasih, tidak patut berlaku..namun apakan daya itu semua suratan takdir...tp selagi mampu, pertahankanlah..

NuSaNa NoSa 91 [REPLY]said...

betul2.. keen pon suka gaya mas azam gak.. klu bleh, nk suami camtu.. sejuk je.. cool dan tenang hadapi mslh.. ^_^

nunama [REPLY]said...

Cik Tot:
Wassalam.
yup2. qada' dan qadar dariNya.
InsyaAllah. harus cuba yang terbaik. hehe. :)

nunama [REPLY]said...

Keen:
itulah kan. hehe. berdoalah. mana tahu dapat. mana tahu si *3 punyai sifat2 itu. ehem3!! hahaha. ;)

caliph shuriken [REPLY]said...

fokus kt dialog KCB ^^

nunama [REPLY]said...

Caliph Shuriken:
haha. bagus. nanti treat ur wife baik2. hihi. :)

Tgk KCB kan? haha

nabilah_2908 [REPLY]said...

yupp....takpayh fikirkannya..ianya sngt menyakitkan... ;)

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
sakiiiiiittttt!! hehe. :)