Salam ceria! :)
Alhamdulillah. Masih mampu menghirup udara pada hari ini. Walaupun bukan udara di luar disebabkan hujan. Korang di sana hujan tak? Best juga ek kalau dapat berhibernasi nih. wahaha. Giler ke ape nak tido je. Bukan hidup tuh namanya.
Pasal mood nih. Perghh! kalau dapat mood bahagia atau gembira, sure-sure hidup best je kan sepanjang waktu tuh. Lama-lama pun takpe. Apedehal?! Hati bahagia beb. Tak rasa bosan, tak rasa marah, tak rasa alone. Memang bahagia la wa cakap kat lu. Dalam hati ada taman la katakan. Hihi. *blushing*
Tapi....bila mood bukanlah seperti yang diharap-harapkan, mesti gloomy je rasakan. Yelah. Hati sedih. Nak makan pun tak senang. Haha. Tapi, kalau aku, masa aku nangis giler-giler dan aku cuba nak hide dari orang lain, memang aku makan je tak berhenti. Takut wooo! Kalau berhenti makan nanti, air mata aku keluar. Takmaulah! Tak dapat nak control cun. Aeh, cun ke? (haha sila muntah semua. :P)
Bila hujan ni, pokok pun macam happy jugaklah. Dapat rasa nikmat Tuhan juga kan? Oh3. Tadi, terkena hujan permulaan itu. So scary bila teringat pasal bahan radioaktif yang disebarkan oleh nuklear di Jepun suatu waktu dulu.
Ok-ok. Kembali ke tajuk asal. Em sebab itulah kawan-kawan, kalau mood kita sedang bersedih, ceria-ceriakanlah ia. Nanti, takdelah rasa hambar je. Aeh, kata nak awet muda. Haruslah ceria kan kan kan? :)
Em jadi, jangan nak pelik sangatlah kalau tetibe aku punya entry sedih pastu gembira pastu sedih balik. Haha. Bukan nak menipu korang. Tapi, apa yang aku tulis saat itu, menunjukkan aku pada waktu itu. Bila aku baca balik entry yang sedih-sedih itu, rasa macam aeh betul ke? Haha.
See. See. Sebab mood manusia ni memang akan berubah.
Ada juga orang kata, aku ni macam tipu diri. Boleh pula ketawa-ketawa walaupun hati tu memang rasa nak nangis je semedang.
Kadang-kadang tak perlulah kot nak tunjuk yang aku sedih di saat kawan aku sedang bergembira kan? Tak best lah! Kita harus meraikan orang yang sedang berbahagia. hehe. Yeaaayhhh! (Korang boleh refer entry sebelum-sebelum ini pasal hal gembira sedih ni.)
Ok. Itu je.
Selamat malam! (n_n)
4 org berkongsi rasa:
betul tu nunama.. kegembiraan tu mesti ditunjukkan, baru org ceria je tengok kita.. tp klu kesedihan, better xtunjuk sbb nnti org ter-effect gak ngan kita.. tp, kdg2 keen pon xbleh gak nk tahan perasaan tu, tertunjuk.. huhu~ T_T
tawa dalam tangisan... :)
mcm sama jer kita ni...huhuhu..
adakalanya pura2 happy...cuba senyum...cuba berlagak seolah2 semuanya ok...padahal dalam hati...Allah je yg tau.. :)
ok apa mcm ni...takde la kita emo je tak tntu hala...motivasi kan diri sndiri...
jika kita rasa sedih...ada org lagi sedih dari kita... ;)
Keen:
hohoho tak mengapa lah keen. kekadang tu, kita pun macam tuh. hehe. certain things, boleh tahan. tapi, ada juga benda lain yg mcm tak tahan kan. perasaan sedih itu normal. yeaayh! teruskan yg baik. :)
Kak Nabilah:
hehe. memang kita ada persamaan pun kan? ehem! haha. ;)
jom2 nyanyi lagu tangisan dlm kerinduan by farah AF. kikiki.
wooohooo!! betul tu. sentiasa muhasabah diri. InsyaAllah amiin. (n_n)
Post a Comment