KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, June 24, 2011

Budak-budak vs Warga Emas

Salam Ceria kawan-kawan! :)

Alhamdulillah. I've got some fresh air this morning. No more sad. No more tears. InsyaAllah. Senyum-senyum. (n_n)

Ok. Hari ini nak berkongsi pandangan.

Sebenarnya, tiada beza yang banyak sangat pun antara Budak-budak dan Warga Emas ni. Sikap, hampir sama. Perangai, lebih kurang nak sama. Watak, adalah sikit-sikit. Hehe. Cuma, umur. Yes! Faktor umur yang membuatkan benda itu rasa lain. Selain itu, pengalaman hidup. Haha. Budak-budak mana banyak lagi pengalaman hidup.

Kalau budak-budak, boleh sahaja kita layan mereka 24/7. Sebab kononnya dorang comel. Sebab kononnya dorang tak faham sangat hal dunia-dunia ini. Sebab kononnya dorang masih belajar.

Same goes to Warga emas.

Mereka pun macam tu actually. Cuma, kita perasan yang dorang dah punya banyak umur, jadi, kita tak treat mereka sama macam budak-budak. Kita treat mereka macam orang dewasa. Kononnya tiada masa untuk bermain dan berseronok bersama warga emas. Ya! Itu mungkin silap kita.

Pernah dengar tak, "bila kita dah meningkat usia dan berumur (warga emas), perangai dan tingkah laku kita akan seperti budak-budak"?

Bila aku dengar ini, ya, ada betulnya.

Makanya, layanan kita haruslah sama seperti kita melayan budak-budak. Mungkin terasa berat sebab dorang petah berkata-kata. Bila kita mengutarakan begini, mereka akan menjawab begitu. Sebab, kononnya dorang dah melalui hidup ini semua. Jadi, ego itu mungkin wujud.

Sebab itu kita kena banyak-banyak bersabar.

Firman Allah SWT:

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar"
(Surah An Nahl 16: 96)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
(Surah Az Zumar 39: 10)

Tapi, tak semua macam itu. Sesetengah sahaja. Dengan berleternya. Dengan merajuknya. Semua itu kita harus pandai kawal. Macam mana kita boleh bersabar dengan budak-budak yang menyepahkan rumah dan pecahkan pasu bunga atau cermin antik, kita juga harus bersabar dengan perangai warga emas.

Mungkinlah. Kita akan marah. Tapi, cuba kawal kemarahan itu. Hoho. Ada satu kisah. Kisah benar. Kawan punya kawan.

...Ada sorang budak ini. Kat rumah dia ada seorang atok. Biasala kan. Orang tua. Macam-macam ragamnya. Ada sahaja tak kena. Yelah. Banyak pengalaman hiduplah katakan. Huhu. Nak dijadikan cerita. Satu hari tu, budak ni penat. Letih. Macam-macam masalah. Tiba-tiba si atok ini marahkan budak ini. Macam-macam dicakapnya. Budak ini tahan marah dia sampai merah padam kot muka dia. Pastu, dia terus ambil wudu' dan solat sunat.....

Sabar betul kan? Kalau kitalah, entah apa yang kita marahkan semula. Hehe. Aeh? Tapi, kita pun boleh jadi macam budak itu tau. SABAR! ^_^

Lain-lain hal, cubalah kamu gurau-gurau dengan mereka, pasti mereka suka. Mereka kan macam budak-budak. Sentiasa ingin dimanja dan diberikan kasih sayang. Padahal, sah-sah kita sayang kat mereka. Mungkin, lepas ini, kita boleh ubah cara meng'express'kan our love. Hehe. (Ingat untuk gf dan bf je ke, nak express love2 ni? Haha). Gunakan segala strategi dan taktik yang menambat hati. Pasti dorang tak sabar menanti kepulangan korang. Hihi.

Ingat! Nanti, kita pun akan jadi tua juga. Entah macam mana agaknya anak-anak kita layan kita nanti. Entah macam mana rajuk kita nanti. Mungkin lebih teruk.

"What you give, you get back"

Makanya, bersabarlah. ^_^

p/s: Pagi-pagi dah online? Oh. Ummi dan Abah tiada di rumah. Hihihi. Kerja? Dah siaplah. :)

update: Mungkin sebab itu lah kot orang selalu cakap....
"Menjaga anak sepuluh orang lebih senang dan disukai daripada menjaga ibu dan bapa"


Hoho. Sadis sungguh~ (T_T)

Tapi, again, kena banyak bersabar. Macam mana dorang boleh sabar dengan kita masa kita kecil, kita pun harus sabar dengan perangai mereka. :)

8 org berkongsi rasa:

Cik Amni [REPLY]said...

Errmmmm... nice sharing.. memang bila makin tua, orang tua ni makin banyak benda yang buat dia gelisah dan marah.. kadang bukan snegaja pun.. tapi kadang dia nak yang terbaik untuk kita selalu... ada2 je yang tak kena dimata dorang... hemm..

New Entri,
GAMBAR OWNER BLOG YERDEH! JIWANG - AMNI

nabilah_2908 [REPLY]said...

hmm...hidup kita ibarat roda kan...bermula dan akan berakhir pada titik yg sama.. ;)

nice sharing dear...adakalanya anak2 bila dah besar..lupa dgn jasa ayah dgn ibu dia dulu...

nunama [REPLY]said...

Amni:
itulah mereka. Nanti, mungkin kita jadi macam tu juga (harap2 taklah. hoho.)

Papepun, nak taknak kena bersabarlah kan. :)

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
hoho takut! Semoga kita menjadi anak yang mengenang jasa. InsyaAllah. Yeaaaayyyhh! :)

Tapi, seyes, menjaga orang tua, mmg penat tau. Kena banyak2 bersabar. (n_n)

Unknown [REPLY]said...

a;a kan.... kena sentiasa terapkan dalam diri sikap sabar...

bersabarkan separuh daripada iman..
layan je orang tua kita sebaik mungkin..
tapi skang ni ramai orng yang hilang hormat dekat orng tua.. sbb tidak sabar.

safiyyah [REPLY]said...

Kalau tengok cerita orang2 tua kena buang dengan anak-anak mesti jadi sedih sangat. huhu.. moga kita sama2 layan mak ayah dgn baik.

nunama [REPLY]said...

Azana:
Tahu takpe. Semoga kita semua menjadi anak yang baik dan solehah. InsyaAllah. ^_^

S.A.B.A.R :)
(teringat Heliza ckp macam tu kat Awal dalam cerita Syurga Cinta)

nunama [REPLY]said...

Safiyyah:
kan? Sedih. Kalau hal ibu bapa ni, sensitif sikit.

InsyaAllah. Semoga di hari tua mereka, bersulam bahagia. ^_^