Salam Perubahan! :)
Tertarik dengan mesej yang diberikan oleh Kak Ai.
kita ni dah masuk TAHUN baru, UMUR pun makin baru. Haisy. Jangan buat DOSA baru sudah.
Haa! Amacam? Terkena pada diri sendiri tak? Hehe. Saya baca, terus tertanam di hati. Takut takut.
Korang baca tak Doa Akhir Tahun (sebelum waktu Maghrib) dan Doa Awal tahun (selepas Maghrib)?
Kalau baca, alhamdulillah. Sebab ada disebutkan,
apabila membaca doa Akhir Tahun
"Kesusahan bagiku (syaitan) dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
apabila membaca doa Awal Tahun
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
bahan rujukan: INI
Semoga semua mendapat rahmat dariNya. :)
*** ******* ***** *******
Waah! Agak lama saya tidak meng'update' entry dalam blog ini. Rindu. Tapi, ada urusan lain yang lebih penting dan WAJIB didahulukan. Tambahan pula, kekurangan idea nak bercerita.
Sekarang ini, waktu malam digunakan untuk membacanya entry kalian. Hehe. Itupun, ada yang tak sempat nak komen kerana tiba-tiba line takda. Perghh! Sabar sahajalah.
Cuti kali ini, tetiba rasa diri cam matang sikit. Aeh? Selama ni tak matang ke? Haha. :P
Puan Ummi saya cakap, saya masih budak-budak. Cuma tindakan saya dah matang. Waah! Malu tau Puan Ummi cakap macam tu. Hehe. *blushing*
Cuti kali ini juga best. Sebab anak sedara ada di rumah. Yeaayyhhh!! Tak la sunyi sangat. Boleh di ajak bermain, bergaduh, membuli. Kan kan kan? Haha. Saya kan mak sedara yang best! Lalalala~~
Oklah. Jumpa kalian di lain waktu.
Sehingga itu, jaga diri kalian sungguh-sungguh. Jaga hati dan jaga akhlak.
Salam Ceria!! (n_n)
9 org berkongsi rasa:
salam...
"kita ni dah masuk TAHUN baru, UMUR pun makin baru. Haisy. Jangan buat DOSA baru sudah."
kata2 yang ringkas penuh keinsafan...
sekeras manapun hati seorang insan, akan lembut bila melihat batu nesan..
Cikgu Sekamar Rindu:
tau xpa. masa saya dpt mesej tu pun, mmg tertanam terus kat hati. takut je ada buat lgdosa baru. na'uzubillah.
Semoga mendapat manfaat. :)
Cikgu Imanshah:
benar. memperingati mati itu mendekatkan diri kepada Pencipta. insyaAllah. :)
kata2 yg ringkas tapi padat... :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
NASI GORENG AYAM
kak Nabilah:
ringkas kan? emm menyentap tangkai jantung terus. huhe.
p/s: nasi goreng memang sedap. lagi2 ada ayam masak merah. :)
hehehe..bagus la sempat baca doa tu..
alhamdulillah..sy pun sempat...
Sentiasa berdoa kepadaNya.. InsyaAllah.. dimakbulkan.. apapapun.. dosa baru buang jauh2.. dosa lama? jangan buat.. haha..
Cik Ayu:
alhamdulillah. :)
p/s: best ke jalan2 kat mersing? hehe
Aretikz:
doa itu senjata orang muslim. dosa lama jangan diulang lagi. insyaAllah. thanx ye. :)
best la jalan kat sana..
tp dari nitar 1 nak ke bandar naik bus pusing2 pening sikit..
Post a Comment