KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, September 30, 2010

cermin mata hitam memudaratkan

Salam Kawan Sekalian. =D

Ok. Tak boleh taip banyak sangat.
Ada perkara yang lebih penting menanti.
Ada satu cerita nak cite.

Pasal Driver aku kat USM ini. Aku ada banyak driver. Itu, korang harus tahu! Antara banyak-banyak itu, ada seorang ini, dia cool giler. Senyum. Tak pernah nak marah-marah kalau aku lambat. Rilex habis. Aku pon cam da anggap dia Pak Cik sedara se Islam aku. Tabik spring sama kamu~~~! =)

Rupanya, dalam cool dia itu, dia tersangat marah. Ada ke patut, sebab kawan dia punya pasal, dorang hampir-hampir kehilangan kerja. Sadis! Aku memang kesian kat pekerja-pekerja ini. Tapi, itukan lumrah alam. Mana boleh nak lari-lari. Kena hadapi dan harungi. No complaination!

Nak tahu ape jadi? Salah seorang dari kawan dia itu, memakai cermin mata hitam semasa memandu. Alaaaa kalo omputih cakap, sunglasses. Isyh3. Siang hari itu, possible la. Tapi, kalo malam pun nak pakai kaca mata itu juga, tak ke pelik tu namanya. Rasional sikit la brader. Kang tak pasal-pasal terlanggar kami-kami ini yang ingin mencari ilmu. Eceewaaah!

Selain itu, org berkaca mata hitam itu juga telah cuba mengorat pelajar-pelajar ini. Yang ini, aku tak dapat nak pastikan kesahihan cerita. Tapi, dari pandangan aku, pernah gak kawan aku kena gurau-gurau ngan dia. Emm ntahla. Lelaki memang macam itu yer? Ops! Hehe.

Pemanduan orang berkaca mata itu juga sangat tidak berhemah. Laju. Kekadang, kenderaan terlebih muatan, tetap juga laju. Nasib baik, tiada kecederaan fizikal dilaporkan. Cuma, kesakitan dada disebabkan debaran yang tak henti-henti sebelum tiba di tempat yang diingini.

Tambahan pula, terdapat segelintir pelajar yang prihatin telah membuat aduan bahawa, orang berkaca mata itu tidak memberhentikan kenderaan untuk membawa mereka walaupun mereka sudah menghayunkan tangan ala-ala model gitu di tempat-tempat perhentian. Ok. Itu aku tambah. ;p Mereka sempat mengambil no plat kenderaan. So, selidik punya selidik, SAH!! Time orang berkaca mata itu bertugas. Dush! Amek ko. Banyak giler dah kesalahan. Kalo kesalahan kecil, mungkin dorang boleh maafkan kot. Tapi, ni melibatkan kesalahan besar. Too dangerous.

Pakcik itu bercerita lagi, disebabkan seorang punya onar, Fatwa Syarikat diorang telah mengHARAMkan pemakaian cermin mata hitam ketika memandu. Haaa! Kan da tak pasal-pasal. Terus HARAM. Takda dah makruh ke ape ke.

Oklah. Terpanjang pule. Selamat malam.

Assalamualaikum. (n_n)V

Haaaa! Ada sesapa yang pakai sunglasses tak masa baca entry blogger kesayangan korang? =P

p/s: untuk pengetahuan, orang yg membuat onar itu juga sudah diberhentikan kerja. Lagi. Kalau nak cari rezeki yang halal, pandai-pandailah menjaga diri.

p/s/s: Driver aku, Pak Cik Bus. Terima kasih ye Pak Cik-Pak Cik sekalian kerana menumpangkan aku dan teman-temanku. =D

6 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

bak kata pepatah..

kerana nila setitik..rosak susu sebelanga.. :)



jom ke APA KATA HATI pulak,
CONVERT VIDEO DARI FB KE BLOG

Mario [REPLY]said...

haha...ingatkan apesal tadi...huhu

yon [REPLY]said...

eh,x tau pun citer ni..betul ke??do i know him??

nunama [REPLY]said...

Cik Nabilah: betul3! like that quote. hehe =D

Mario: Ops! Tertipu ke? Huhu maap. Haha. =P

Cik Yon: haha. Betul la. Semalam petang pakcik itu cerita. Balik dari Pusat Bahasa. Yes! U know him. Dapat agak kan? ;) Owg pun terkejut.

yon [REPLY]said...

o.dia rupanya.tp ok gakla dia diberhentikan,takot naik bas denngan dia..btw,nice layout..cute!!macam saya..ha3...

Fuz [REPLY]said...

aku pun tak suka pakai cermin mata hitam.