KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, September 24, 2010

masa kita sedih, orang lain mungkin bahagia

Salam Ceria sidang pembaca yang sudi baca.. =D

Minggu yang memenatkan. Dengan assignment yang baru tahu kena hantar sehari sebelum due date nyer, 3 upcoming test on next week, dan buat canning process gune chicken curry buatan kami sendiri + ice-cream yang rasa-rasa dia hampir kepada ice-cream di Mc Donald itu. Fuuuh! Lega. Tapi, belum lega lagi. Lab report pula akan menyusul selepas itu. Pas submit asgment itu, balik bilik, lunch, pastu tido. Sehinggakan roommate balik pon tak sedar. Pas bangun tuh,

"Aeh! Akak da balik? Baru balik yer?"
"Hehe tak la baru sangat. Emm tulah. Nampak penat muka tu masa tido tadi."
".........."

Dalam hati berbisik: Aduii! Malunya. Kakak tengok aku tido ler! Hahaha

Macam tajuk di atas itu, masa kita tengah susah, sedih, dirundung malang, kecewa, tidak semestinya orang lain juga bersedih. Mungkin mereka tengah bahagia, happy, gembira, ketawa dan pelbagai macam perasaan yang enak-enak belaka. Selalunya, kita dengar,

"Ko janganlah gembira sangat. Cuba ingat-ingat sikit kat orang yang tengah sedih terkena bencana alam itu"

Haaaa! Pernah dengar kan?? Cuma entry yang ini tukar versi. Kita yang menjadi orang sedih itu. Sebab apa aku buat macam itu? Supaya kita akan lebih menghargai setiap saat dalam hidup. Dah tak kan ada rasa duka yang hadir. Walaupon perit nak telan. Ingat! Itu lumrah alam. Semua orang akan rasa.

Jadi, bila kita tengah berduka cita, ingatlah kepada orang yang sedang gembira di saat itu. Lihatlah pada keadaan sekeliling anda.

Ada tak orang sedang ketawa?
Ada tak orang sedang tersenyum?
Ada tak orang sedang bercerita dengan gembira?

Kalau ada, apa salahnya, kalau kita turut berkongsi kegembiraan yang terpancar pada wajah-wajah insan ini. Doakan kebahagiaan mereka. Ukirkan senyuman.

Rahsia hati, let it be. Tak kan kemana pon kalau di fikirkan sangat.
Ape-apepon, alhamdulillah. Aku masih bisa bernafas.(n_n)V

0 org berkongsi rasa: