KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, February 2, 2010

::terima seadanya::

salam ukhwah kepada pembaca sekalian... :)

quote: the best and beautiful things can not be seen nor touch but are left in the heart..

hari ni, saya ingin bercerita mengenai pentingnya menghargai orang yang berada di sekeliling diri kita.. kita sering terlupa untuk mengucapkan syukur dan rasa terima kasih kepada Allah S.W.T di atas kurnianNya dalam memiliki sebuah keluarga dan ditemani oleh sahabat-sahabat yang membantu di dalam susah mahupun senang..

manusia mempunyai beragai-bagai sifat, perwatakan dan juga tingkah laku.. macam saya sendiri.. saya mempunyai kawan-kawan yang pelbagai ragam.. (keh3 saya sendiri ada ragamnya ye.. ;p) tetapi, ini tidak bermakna kami tidak sefahaman.. mungkin, ada ketika saya tidak sefahaman dengan si A tapi bersefahaman dengan si B.. itu adalah lumrah biasa yang semua orang akan alami.. oleh itu, saya kena bersedia untuk menerima seadanya diri mereka seperti mereka menerima saya tanpa syarat..

kadang-kadang kita alpa.. ada ketikanya, kita marah pada mereka kerana bersikap begitu begini...tapi, sedarkah kita bahawa sebenarnya mungkin dalam diam kita melakukan perkara yang sama kepada mereka.. jadi, adilkah kita untuk memarahi mereka?? tentu sekali tidak..

cuba kita duduk dan berfikir sejenak merenung atau bermuhasabah semula diri.. kita selalu sahaja tidak boleh menerima kelainan yang ada dalam diri seseorang itu.. selalu merasakan diri itu tidak mempunyai kekurangan..walaupun tahu yang sememangnya kita tidak pernah/akan sempurna..

cubalah untuk kali ini supaya tidak menidakkan sifat seseorang itu.. mungkin, perwatakan yang dia lakukan itu adalah untuk mengubat luka yang berada di dalam hatinya..mungkin juga sebagai cara untuk mengawal kemarahan yang menapak dalam dirinya (sumber manusia).. terimalah seadanya dirinya.. tetapi, janganlah sehingga perkara mungkar yang dia lakukan, kita masih berdiam diri.. mungkin, kita boleh 'slow talk' dan berbicara dengan santun dan hikmah.. Rasulullah SAW juga memberi nasihat secara bijaksana dan hikmah..

p/s: Ya Allah ya Tuhanku.. berikan aku kekuatan untuk menghadapi hidup ini dengan menanganinya secara bijaksana dan hikmah ilmuMu.. Amiin... :)

0 org berkongsi rasa: