KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, February 10, 2010

aku..

salam bahagia....!! :)

hehe aku tidak sabar-sabar pulang ke kampung halamanku.. sempena CNY.. emm tapi, bukan nak meraikan.. sekadar pulang melepaskan kerinduan yang kian bertimbun.. huahaha.. sabar..sabar..ujian tuh..


tetapi...malangnya...tiket HABIS.. wawawawa.. :'(


padan muka pada diriku sendiri.. itulah akibatnya kalau membeli pada saat-saat akhir.. aku siap ditegur oleh pekerja yang menjaga kaunter tiket tersebut.. masa tu, malu memang malu..tapi, buat tak tahu sudah.. takkan nak menangis kowt...?? eeerrr xmo lah!


dengan pantasnya, aku menelefon kakakku meminta pendapat.. (hehe nasib baik tengah lunch hour..kalo x...xtaula aku nak telefon sape lagi..). kebetulannya, salah seorang saudaraku akan berkahwin pada hari ahad ini.. jd, aku diminta untuk pergi ke rumah kakakku di Bangi..

yahoooooo!!! x sabar menunggu waktu itu.. =)=)=)=)=)=)=)

eerrrr.. apa yang aku dapat timba daripada pengalaman ini..
>1st of all, jangan bertangguh...aisyhhh..kan da susah..papepun kerja..homework ke, tugasan ker, tanggungjawab ke.. never TANGGUH-TANGGUH lagi!!!
>>kalau ada masalah, sila beritahu pada orang terdekat..manala tahu dia boleh membantu.. kadang-kadang, kita ini, tidak mampu untuk berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya simple + kacang je..ada orang kata, 'petik jari' pon boleh.. (suke ek buat masalah tu complicated??)
>>>orang ramai sedia untuk menegur kesalahan kita..tapi, sama ada kita sedia untuk mendengar atau tidak..itu terpulang pada diri masing2.. 'tepuk dada, fikir dengan akal, jawab sendiri'.. (aku sedia untuk belajar, mengajar dan diajar..hehe insyaAllah.. :) )
>>>>last skali kowt untuk entry kali ni, pulanglah ke kampung anda semua selagi mereka masih ada..jangan nanti, sudah terhantuk, baru nak terngadah.. ceeeett!! xda faedahnya.. ingat sebelum kena.. sedar sebelum lena..

umi...abah...nantikan kemunculanku... ;)

0 org berkongsi rasa: