KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, March 31, 2011

Sakit Hati

Sakit Hati ada 5 ubatnya...

1. Baca Quran faham ertinya
2. Solat Sunat
3. Zikir Malam
4. Duduk dengan orang yang soleh
5. Perbanyakkan Puasa

Ye kawan-kawan.. Benda ini nampak mudah untuk kita lakukan. Rasanya, semu orang tahu. Tapi, selalunya, tidak istiqamah.

Aku adalah antara orang yang macam itu. isyh3.

Kadang-kadang itu, terdetik di hati, "ye...tahu benda itu semua. Nanti-nantilah buat." Lepas dah buat benda itu semua, masih x menjadi juga. Mulalah nak berhenti daripada melakukan benda-benda itu.

haisyh.

Macam mana nak berkesan sedangkan diri kita sendiri tak yakin?
Macam mana nak jadi jika kita buat sambil lewa tanpa keikhlasan yang sebenar?
Macam mana nak istiqamah bilamana fikiran dan otak hanya untuk keduniaan semata?

Manusia. Mudah sahaja untuk mengatakan itu dan ini. Tetapi, amat sedikit yang melakukannya.

Kita nak jadi golongan yang mana?

p/s: aeh. mcm tak kena dengan tajuk. *malu*

Tuesday, March 29, 2011

Bercakap Bila Perlu

Salam Ceria Kawan-kawan!! :)

Alhamdulillah. Bertemu lagi dalam segmen memotivasikan diri. Eceh! Hehe.

Sebelum itu, saya dah tukar template dan warna yang baru. Saja je. Nak nampak lebih feminin. Ok tak? *malu*

Ok-ok. Kembali ke tajuk asal k. =)

Banyak bercakap memang tak digemari sejak berkurun dahulu lagi. Bukan sahaja memudaratkan diri sendiri, malahan orang di sekeliling turut merasa tempias.

Kadang-kadang bercakap terlalu lama boleh menyebabkan terjadinya mengumpat. Yelah. Nak mencari idea dan modal bercerita. Sudah habis perihal diri, perihal orang lain pula menjadi tajuk. Isyh3. Kan bahaya tuh. Not nice kan?

Lain halnya kalau sudah lama tidak bertemu dengan kawan sepermainan, kawan sekolej dan seumpamamnya. Masa tuh, memang banyak benda nak cerita. Dan tak jadi masalah bercerita berkenaan hal diri sendiri. Yang pasti, bukan duk mengata hal orang lain.

Kalau sudah di medan pekerjaan, benda ini harus dijaga dengan baik. Tak semua teman sepejabat boleh berkongsi rasa seperti zaman persekolahan, kolej, universiti. Semua akan berubah. Masa inilah, akan terjadinya, bodek terlebih, tikam belakang dan perkara-perkara lain. So, be careful ok.

Sebab itulah, "bercakap bila perlu" ini perlu diamalkan demi kesejahteraan bersama.

Ok. Itu sahaja. Tak cukup masa nak olah. Semuanya, apa yang terlintas di fikiran sahaja. Bertemu lagi di lain waktu.

Tatatititutu~~~~ (n_n)

Oh! Hari ini, saya kurang bercakap. Senyum sahaja. Waaah! Saya pasti, mesti ramai yang tak percaya. Hehe. Tapi itulah kenyataannya. Yeaaayyhhh!!

p/s: bercakap memang kurang. Menaip je banyak.

Saturday, March 26, 2011

Aku Rasa Aku Dah Kuat. Hehe

Salam Bahagia Semua!! :)

Semalam mendapat mimpi. Tidak tahulah yang betul atau mainan tidur sahaja. Tapi yang pasti, aku tak nangis. Aku bahagia.

Yes. Itu pasti.

Mungkin sebab aku dah semakin kuat dan tabah. Eceh!

Mungkin juga sebab aku sudah mula memaaf dan melupakan. *ketawa geli hati*

Bila teringat semula mimpi itu, aku masih tak sedih juga. Kalau dulu, hati akan sakit. Tapi tidak untuk sekarang dan mungkin masa hadapan juga. InsyaAllah.

Kalau inilah jawapannya, Terima kAsih ya Allah. (n_n)

::Saya sentiasa doakan kebahagiaan kawan-kawan saya::