Salam Bahagia!! :)
Ah! Walau apepun terjadi, hati harus kuat. Banyak lagi benda lain perlu dan harus difikirkan.
Tarik nafas.....tarik nafas......tarik nafas... Hembus pelan-pelan.
Sakit dan masalah sendiri. Tiada siapa yang peduli apabila mereka pun punya masalah yang harus diselesaikan. Apa yang mampu, cari ketenangan diri untuk selesaikan dengan cara yang paling baik. *hopefully*
Aku, bila sampai rasa tak boleh nak cope with that problem, aku memang akan menangis. Menangis yang banyak. Dalam satu waktu yang tak la lama sangat. Cukup-cukup untuk merasa kelegaan.
Perit. Siapa tahu kena pisau tajam sampai keluar darah tu? Haa. Macam itulah rasanya.
Orang mungkin nampak, "hepy je budak nih", "aeh, dia tiada masalah ke?"
Wohoo!! Di dalam hati, siapa yang tahu.
Tapikan, bila aku sudah puas menangis, tiba-tiba macam tiada apa yang berlaku. Adeiyh!!
Hahaha. Aku pula rasa pelik. *sambil garu2 kepala*
Rasa nak senyum sahaja berhadapan dengan masalah. Harap hati kuat. Ini serius! :)
Crying isn't a show of weakness in the moment. It's a sign of being too strong for too long.
-ohteenquotes via twitter-
