KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label cute. Show all posts
Showing posts with label cute. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Conversation #1

Salam Ceria kawan-kawan!! :)

wahaha. Gembira giler hari ini. Dapat makan Pulut Sotong. Kau ada? (sila buat intonasi seperti Sepah) Hehe.

Sedap sangat. Ratah sotong dan hirup kuahnya. Yummy!! Jgn jeles. :P

Oh3. Kembali ke tajuk asal.

Aku ini pantang betul kalau budak-budak terus terkam aku bila balik sekolah. Rasa gembira sangat. Haha.

Dengar kereta abang aku masuk di kawasan rumah. Buat relax. Belek-belek surat khabar yang bila ntah tarikhnya.

Mamabila mamabila............! Esok kita kena bawa berus gigi. Ada orang nak datang.

Oh yeke? (Muka aku yang excited)

Ye. Ni haa surat yang cikgu bagi.

(Aku pun baca la surat tu.)
Oh. Ni surat untuk ibu bapa dan penjaga. Mamabila ni sape?

Ntah. Hehehe.

Hahahaha. Ok-ok.
Haaa! Nanti, malam ni suruh Ummi atau Abah beli jagung. Letak kat gigi yang dah takda tu.

Eeeeeei taknak! Nampak kuning.

Hahaha. Alaaa takpe. Biar nampak penuh sikit gigi tuh.

Dia sengih-sengih. Mungkin fikir macam mana nak beritahu Ummi dan Abah dia. Wahahaha. Makcik yang best kan? :P

Tuesday, June 7, 2011

Budak-budak #2

Salam Ceria! :)

Diharap semuanya sihat. oh! saya baru baik demam. Tinggal batuk sikit-sikit je.

Kalau yang ada Fb saya, mungkin tahu kisah ini. Kes ini baru je berlaku semalam. Kira agak fresh dari ladang jugaklah.

Macam ni ceritanya.

Semasa tengah melayan bacaan Asma'ul Husna di Astro 106, tiba-tiba anak sedara saya ni tanya selepas berkerut-kerut muka dia.

Qusyairi: Mamabila.. Apa MAHA tu?

Kuasa yang paling besar. Besar giler.

Qusyairi: isyh. Pelik la. Abah kita pun ada jugak.

Dalam hati biar betik budak ini!

Qusyairi: yaMAHA. Motor abah kita yaMAHA. Banyak juga orang guna yaMAHA tu. Tok Bahnye motor, suzuki.

Hahahahahahahaha~~ Macam-macamlah anak sedara aku ni. :)

Boleh pula dia berfikir begitu kan? Biasalah budak-budak. Baru nak bereksperimen dan bereksplorasi. Haha. Mentang-mentang dah pandai baca. Hehe. Alhamdulillah.

Semoga menjadi anak yang soleh ye. :)

p/s: selamat dia tak tahu nama penuh TokBah dia. Kalau tidak........entah apa la yang dia akan kata nanti. tehehehe~~ ;)

Monday, May 23, 2011

Budak-budak

Salam kawan-kawan! :)

Just a short entry.

Kadang-kadang, budak-budak lebih pandai dalam menggunakan kaedah psikologi untuk meluahkan isi hati.

Nak jadi budak-budak balik boleh? Tapi, itu adalah mustahil. Makanya, cubalah ubah pemikiran  seperti pemikiran budak-budak yang penuh dengan imaginasi, semangat ingin tahu dan berani. Tapi, jangan jadi terlalu kebudak-budakkan pula. Be a moderate person. Hehe.

Yeaaayh! (n_n)

Contoh 1:
Di suatu petang.

Mamabila ada bawa duit tak?

Kenapa?

Haus. Nak aiskrim.

Contoh 2:

Waktu tengahari.

Sedap tak mamabila masak?

(angguk-angguk)
Em em em.. Kuah sedap. Nasi je tak sedap sikit.

Lihat. Budak-budak pun pandai guna kaedah psikologi. Memuji dan menegur.
(Haha. Tapi memang betul pun. Hari itu, terkurang air. Jadi, nasi terkeras sikit. Sorry! ^_^)

Jom jadi budak-budak!! Kikikikiki.