Alhamdulillahi 'ala kulli hal.
Alhamdulillah atas segala nikmat pada diri seorang pendosa.
Allah...
Terlalu banyak kesyukuran dan kegembiraan yang Allah masih beri pada diri,
Nikmat yang tak terhitung banyaknya.
Tahun yang tidak disangka.
2016.
Disember.
2.
Alhamdulillah Allah jaga hati aku untuk Dia.
Dia yang bergelar suami.
Aku hanya mampu berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke syurgaMu ya Allah.
Suburkan setiap hari rasa cinta kami kepadaMu.
Suburkan setiap hari rasa cinta antara kami untuk menghargai nikmat cinta yang kau berikan kepada kami ini Ya Allah.
Untuk post ini,
Cerita sikit pasal majlis kahwin.
Kalau ada masa lain, kita sembang benda lain.
(Kalau rajin. :P)
Aku pernah publish suatu ketika dulu berkenaan majlis kahwin idaman.
5/7 berjaya dilakukan. Alhamdulillah.
Meh kita recap.
1. Takde sanding. Sebab aku ni pemalu orangnya. Kalau duduk kat depan tu, mesti blurr. Macam tak tau nak buat ape. ✔
=> tapi yang ni, terada sikit. sebab anak sedara bbelah suami nakal-nakal. huhu.
2. Sempoi sambil layan tetamu. Bila takde sanding, peluang beramah mesra dengan para tetamu tu banyak sikit. So, tetamu boleh selfie2 sambil2 tu. Takdela tetamu makan je. Pastu balik tanpa dapat berbual dengan pengantin. Masa ni juga boleh kenal-kenal dengan orang kampung. ✔
=> hahahah. yang ni lawak!! sebab kawan aku siap cakap, "woi bella....kau tengah buat open house ke?" kehkehkeh. sebab xde tol bagai. dan, jam 11am aku da siap make up, aku terus keluar jumpa tetamu. yes3!!!
3. Photographer tu kalau xde xpe. Kalau ada, dikira bonus. Sebab, nak jimat. Kalau xde, nak pinjam hp atau dslr kawan2. Minta la anak sedara ambilkan. Free of charge. Senang. Dah snap2, buat album kahwin sendiri. Very the jimat. ✔
=> haaa yang ni pon berjaya untuk tidak mengadakan. haha. hampir wujud. Atas desakan faktor sekeliling. Mujur suami aku ni jenis firm jugak.
4. Taknak make up. Sebab rasa cam hodoh giler. Hahaha. Tapi, depends la pada situasi time tu. Takut kena bebel dengan kakak2 je. Haru! ❌
=> yang ni....sedih sikit. patut make up light2 je.. tetibe ter heavy. frusttt betul. dan suami aku pon cakap.. tak cantik aku make up. ceiyttt...
5. Makan damai. Yang ni pun tak perlu. Cuma buat tempat special sikit untuk pihak lelaki. Meraikan tetamu yang hadir. Pengantin jangan nak mengada sangat. Makan je apa adanya. Hehe. Simple. ✔
=> berjaya jugak! alhamdulillah. Apa yang tetamu makan, pengantin makan. Simple.
6. Guest book. Yang ni nak kena ada. At least, dapat la tahu siapa yang hadir. Kot-kot la tak sempat jumpa orang tu. ❌
=> yang ni tak berjaya adakan. Sebab aku da terlupa. Masa awal-awal tu ingat. Pastu duk ingat benda lain. Hat ni terlupa. Tapi, kad yang dorg sisip kat hadiah, aku simpan rapi. Well....sentimental kan. haha.
7. Baju kawin tu semua nak simpan. Nak pakai bila rindu nak kawin. Hahahahahah. Nak pakai bila rasa menggedik. Kehkehkeh. So, nak simpan. Nak simple tapi cantik pada pandangan diri sendiri. Hee. Sebab xtau orang nampak cantik atau tak. ✔
=> baju kahwin aku, simple sangat. yang menampakkan aku pengantin, hanyalah, bunga di tangan dan veil di kepala. Settle..
Hahahaha...
Unexpected kan?
Tak disangka apa yang kita ucap, dan doa itu yang kita dapat...
Pengajaran yang aku peroleh,
WAJIB dan KENA
1. cakap benda baik-baik
2. buat benda yang baik-baik
3. fikir benda yang baik-baik
Dan asbab perkara ini, Allah akan hadiahkan kita dengan perkara yang baik-baik juga.
Allah..
Nikmat mana lagi yang mahu kami dustakan?
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment