KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, January 17, 2016

Orang Yang Baik.

Fuh fuh fuh.
Kasi tiup dulu.
Habuk sangat. Hehe.

Ok.
Tak terlambat untuk ucap Welcome 2016!

2015.
Aku ingat dapat kawen tahun tu.
Rupanya, rezeki kawen belum memihak.

Tahun yang Allah duga hti kecil aku.
Diberi banyak pilihan untuk berkenalan dengan orang baru.
Tapi, seorang pon aku tak dapat kenal.
Masing-masing sunyi tanpa berita.
Aku jadi malu sendiri.

Melalui perantaraan kawan2, sebenarnya Allah tengah berbicara kepadaku.

Boleh buka ArRum ayat 21.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”

Aku belum cukup baik.
Sangat belum cukup baik.
Sebab tu, orang yang baik-baik yang kawan aku ingin kenalkan, Allah halang perkenalan kami.

Tahun ni, tekad untuk jadi lebih baik.
Supaya yang baik-baik akan mendekati.
Semoga Allah izinkan untuk aku berBaitul Muslim pada tahun ini.

Kerana,
Ada janji yang tak tertunai.
Ada hutang yang perlu dijelaskan.
Ada amanah yang perlu dipikul.
Ada cinta yang ingin dikongsi.

Benarlah jnji Allah.
Kun Fa Ya Kun.

Terima kasih Allah atas peringatan.
:)

0 org berkongsi rasa: