KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, March 22, 2013

Promoter Tak Bertauliah.

[Jurnal Peribadi]

Alahaiii. Rasa nak tergelak, tersengih, tersenyum. Semua ter rasa nak ada di saat tulis ni.

Hehehe.

Nak dijadikan cerita, petang tadi, aku membeli belah untuk tidak lapar selama almost 14 days lagi di Kota Bharu ni.

Sedang aku menolak troli yang sudah diisi dengan beras dan beberapa kelengkapan, tiba-tiba di tegur oleh seseorang...

"Assalamualaikum kak. Tumpang tanya."

Sambil senyum. "Waalaikumussalam. Ye dik. Nape?"

"Akak beli tudung ni kat mana?"

Erk! "Oh. Akak beli online."

"Berapa kak?"

"RM21 je. Murah kan? Cantik pun cantik juga."

"Aah. Saya memang nak sangat tudung ni. Akak ingat tak blog dia?"

"Oh. Akak beli by Facebook. Annur Nida. Oh tapi, kalau nak no telefon dia, akak ada sekarang ni. Nak?"

"Nak!"

End of the conversation.

Hikhikhik.
Adik tu siap pegang tudung aku lagi.
Dan aku ni, "ohh pegang jela."

Hadoiii.
Jadi, itulah cerita seorang promoter-tak-bertauliah.
Haha!

Dan sebenarnya, benda ni membuatkan aku berfikir.
Ada yang memerhatikan what are you wearing selain Allah.

Jadi, sila pastikan pakaian yang dipakai itu bersesuaian dan sopan.
Semoga pakaian yang kita pakai itu mampu menjaga diri kita.
Semoga pakaian yang kita pakai itu tidak mengundang fitnah kepada diri kita dan orang di sekeliling kita.
Semoga Allah redha dengan pakaian yang dipakai kita itu.

Ok.

"First Impression Itu Penting"

:)

ps: Dulu, aku pernah pakai yang macam anak-anak muda sekarang ni pakai. Aku berharap semoga Allah terbitkan rasa keinsafan dan memberi hidayah kepada mereka. Aamiin. :)

0 org berkongsi rasa: