KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, November 3, 2012

Ihtifal.

Assalamualaikum! :)

Masa mula-mula dengar, aku sendiri tak tahu benda apa ni. Maklumlah. Tak ambil bahasa arab sampai expert.

Setakat waahid, ithnani, qittun, arnabun tu tahu la juga kan.

Rupa-rupanya, ihtifal = convocation.

Pergh! Tak macam gempaq plak ada ihtifal bagai. Haha.

Takpelah. Untuk meraikan budak-budak kecik ni da tamat pengajian masing-masing.

Tahniah pada yang berjaya! ^^

Emm.
Adala dalam sebulan aku mengajar. Kesian ada juga aku tengok budak-budak ni. Kurang kasih sayang. Sebelum ni, cikgu depa ambil tak kisah. Sampai ada yang tak kenal huruf.

Memang balik rumah, aku bebel la kat umi kan. Ngadu kesian kat depa. Sobs.

haiihh. Takpelah. Itu urusan beliau dengan Tuhan. Jawabla sendiri nanti.

Masa kecil ni la kita nak terapkan amalan-amalan mulia. Dah besar panjang, x lut dah nasihat bagai. Tapi, kalau ada yang tersedar tu, bonus untuk dia.

Macam aku ni, tak tahula sama ada tersedar atau masih lagi tidur! Kasi ketuk je.

Aku harap, apa yang aku ajar tu, walaupun sikit, dapat dihadam dan dipraktikkan. Bekalan untuk aku juga nanti. Harapnya bermanfaat.

Oh. Aku dapat juga ingat-ingat balik bahasa arab dulu-dulu. Dulu, belajar sebab nak periksa je. Kakaka. Kira revise la ni. Isyh3.

Okla. Till then, take care!
:)

Sayonara!
Aeh? Ini bukan bahasa arab. Damn! Belum passed lagi.

p/s: nak ingat balik, ada tak budak comel masa tadika yang aku suka. Tapi....blank! Argh! Rugi. T_T

0 org berkongsi rasa: