:)
Mula-mula ingat nak tutup atau delete terus.
Delete? Amat mudah bagi aku. Tapi, fikir, sangat tak adil bagi kamu, kenalan alam maya aku. Selama ini, kamu yang bagi dorongan, semangat, nasihat pada aku.
Kamu sudi membaca tulisan aku.
Yang kadang-kadang itu hanya luahan kesedihan aku semata. Tiada langsung input-input yang baik yang boleh dijadikan pedoman mahupun tauladan.
Tak adil juga pada diri aku. Kerana aku sudah mula menyayangi kamu seperti kawanku di dunia sebenar.
Masa inilah aku boleh bercerita sebebasnya kepada kamu yang berada dalam 'private list' aku.
Diary aku.
Muhasabah diri aku.
Perjalanan hidupku.
Apa-apa sahaja yang aku terasa nak berkongsi.
Ini juga salah satu cara untuk aku kembali ke titik asal. Menjadi seorang yang tidak dikenali. Menjadi diri aku yang selayaknya untuk aku.
Biarlah.
Biarlah blog ini hanya untuk aku dan kamu wahai kawan-kawanku yang sudi membaca dan menyelami hati.
Aku sangat berterima kasih kepada kamu sekalian kerana sudi bersama-sama aku walaupun di alam maya.
Sudi menyelami dan memahami.
Sudi membaca segalanya.
Hehe.
Thanks tau.
Aeh-aeh...Tapi minta maaf tau kalau blog ini membosankan. Jangan menyesal naa. Hihi. ;)
Hehe.
Thanks tau.
Aeh-aeh...Tapi minta maaf tau kalau blog ini membosankan. Jangan menyesal naa. Hihi. ;)
Sampai di sini dahulu.
Terima kasih sekali lagi. :)
p/s: blog selamat ditutup jam 10:20am (plus minus 5), 1 Oktober 2011. Peace! ^^V
p/s: blog selamat ditutup jam 10:20am (plus minus 5), 1 Oktober 2011. Peace! ^^V
nunama, 2011
2 org berkongsi rasa:
itu lah gunanya KAWAN... susah senang..suka duka..sama2 berkongsi rasa...walaupun tak pernah bertentang mata...bersua muka... :)
Kawan adalah perkara kedua terpenting selepas keluarga.
Betul cakap akak tu. Sama-sama berkongsi rasa.
Saya semakin sayang kawan-kawan saya! :D
Post a Comment