Salam kawan-kawan! :)
Dah lama kan, tak buat segmen muhasabah. Hehe. Nantilah ye. Bila diri dalam keadaan yang tenang dan dapat ilham dariNya. Wahaha~
Ok-ok. Ada yang rindu tak? Dah lama tak share story kat sini. Bagi pengetahuan rakan-rakan saya yang tidak tahu, 31 Mei 2011 jam 8malam ritu, saya pergi ke Kelantan. Memang tak diduga. Sangatlah tak plan. Nak tido mana. Nak mandi kat mana. Nak pergi mana. Hanya tahu satu tujuan, pergi ke perkahwinan YDP persatuan saya merangkap teman saya, senior berlainan course saya iaitu Ukhtiza Fariza dan bakal suaminya (pada masa itu. Sekarang sudah sah menjadi suaminya. Hihi.)
Tapi pergi juga. Sebelum itu memang dah telefon Kak Mira untuk tolong tengok-tengokkan rumah tumpangan segala bagai. Kak Mira juga cadangkan menginap sahaja di rumah beliau. Segan! Hihi.
Last-last, menginap juga di rumah Kak Mira. Best giler masuk kampung situ. Memang macam kampung betul lah. Ada pokok getah, ada kawasan pikat burung, ada kuda (kaya kot), lembu (ini biasalah), ada jalan yang tak bertar. Oh! Macam jakun pun ada juga. Masa mula-mula tu, excited kot sebab Kak Mira kata kena naik perahu untuk sampai ke rumah beliau. Tapi, dia tipu je. Ciiissss! Haha. Baru nak rasa naik perahu. Yelah kan, rumah aku ni, memanglah kawasan kampung, tapi bukan lah macam tuh. Hihi. Macam ntah apa-apa je kan?
Sebenarnya, aku plan g Kelantan ni dengan Cik Sai. Cik Sai duduk Pulau Pinang. Mak dia dah risau dah. Yelah. Sebab dia mana pernah naik bas pergi jauh-jauh macam ni. Pastu pergi separate lak tu. Dia dari Penang. Aku dari Johor. Amacam? Gila tak kitorang? Haha.
Cik Sai sampai petang 1 Jun 2011. Aku sampai pagi 1 Jun 2011. tengok muka masing-masing, "Aeh? Kita kat Kelantan kan ni?". Macam tak percaya. Macam bukan di Kelantan. Dan setiap pagi, memang itulah ditanya bila bangun. Haha. Sampai je rumah Kak Mira, boleh pula kami menghabiskan koleksi novel-novel Kak Mira karya Hlovate. Hihi. Macam hape je. Yelah, sebab Kak Mira g kerja. Hihi. Duduklah dalam bilik diam-diam.
Gurindam dan Pelangi itu, tak baca. Baca 4 novel sahaja. Pinjam gambar kat sini. [cari-cari kat Google. hihi]. Terlupa nak snap. Haha. |
Esoknya, 2 Jun 2011, siap-siap pergi Rantau Panjang! Waaah. Tempat shopping kat situ. Em aku nak cari baju kurung. Katanya murah. Tapi tengok, mahal jugaklah. Mungkin tak betul-betul cari kot. Hihi. Last-last beli 2 helai blouse (blouse la kot.hehe) bercorak bunga-bunga. Haha. Saja. Tak pernah ada blouse bunga-bunga nih. Cik Sai beli 3 helai baju dan satu seluar. Kak Mira dan adiknya, Fawwaz, peneman kami dan tukang bargain. Kikiki.
Gambar takda motif. Haha. Tapi, inilah kawasan rantau Panjang itu. Belakang photographer ini, lagi ramai orang dan banyak benda dijual. |
Petang itu, Kak Mira kena lecture dengan neneknya untuk membawa kitorang g kenduri sepupu beliau. Kami memang takda bawa baju kurung spare. Ape lagi, pinjamlah baju kurung Kak Mira. Adeeeh! Bantai je. Kami kan rock! Huhu. Pergi juga ke Gua Musang. Hoho. Jauh kot. Tanah merah ke Gua Musang. Sampai tertidur-tidur. Hihi. Slumber jek. Selamat ayah Kak Mira ok. Kikiki. Perjalanan sangat berbaloi sebab dapat makan BUDU!! haha. Kami kan kuat makan. Asal makanan itu sedap (dan tidak memudaratkan. hihi).
Lusanya, 3 Jun 2011, acara yang dinanti-nanti. Kalau tidak pagi itu, mahu pergi ke pasar tani sekejap. Tapi, terus siap-siap g Bachok. Hoho. Sesat jap kat bandar mana ntah. Sebab jalan ke Bachok tu dah macam "Amazing Race". Selamatlah Fawwaz begitu cool membawa kami. Haha. Susah nak cari adik macam tu. Sanggup jadi driver demi kakak-kakaknya ini. Hihi. Thanks again, Fawwaz! :)
Nak cari simpang nih, adeeeh!! Sabar sahajalah. Hihi. |
Tepat jam 1, sampai di rumah Kak Fariza. Fawwaz terus cabut cari masjid. Solat Jumaat. Cool kan? Hehe. Kitorang, apelagi, seranglah Kak Fariza. Oh3! Sangat comel ye beliau. Seri pengantin mungkin. Hihi.
Hoho. Sweet. Simple. Cute. :) |
Borak-borak, snap-snap, jam 2, kami cabut dulu sebelum kaum adam tiba di rumah itu. Hehe. tunggu Fawwaz di Petrodesa (bukan Petronas tau). And again, cool kan fawwaz? Lapar kot. Tapi, dia segan nak makan kat walimah itu. Hihi.
Tu yang kitorang g Pantai Irama. Makan lagi. Haha.
Bebola dan Coconut Shake. Sungguh enak! Dorang gelarkan "makanan pantai". |
Antara suasana di Pantai Irama itu. |
Sampai rumah jam 6.30 petang. Siap-siap, kemas-kemas, jam 8.15 gerak g stesen bas. hoho. Bas lambat. Patutnya 8.30 da gerak, 9.30 bas baru sampai. Perlu kesabaran yang tinggi. Hihi. Kak Mira kata, memang macam itu. Wallahualam. Cik Sai lagi lah. Tiket jam 11malam, bas sampai jam 1 pagi. Amacam? Hihi.
Bermulalah perjalanan pulang ke Mersing. Tiba-tiba......ACCIDENT!! Bas itu langgar kereta. Sebab kereta itu memecut dan ingin membelok tetapi tidak memberi signal. Isyh3. Bertapa jap depan pejabat polis sebab polis takda. Adeeh! Kalau tidak, sampai sama waktu dengan Cik Sai. Takpelah.
Papepun, alhamdulillah. satu kenangan yang tidak boleh dilupa. Terima kasih pada Kak Mira dan keluarga (especially, Fawwaz) dan Cik Sai. Memang happening dan enjoy. Thanks a lot korang! :)
Kita hanya merancang, Allah lebih tahu kan?
peace! ^^V
6 org berkongsi rasa:
sekejap sangt ke Kelantan eh... hehe.. ;)
tkpe la kan jnji seronok...mmm...bestnya..lama dah x kesana... ;)
macam2 pengalaman. sonoknya. saya tak pernah pergi Kelantan lagi. huhu
Kak Nabilah... hehe. aah. sekejap sahaja. lagipun, unplanned. so, pergi mana sempat je.
Oh. akak da biasa ye pergi Kelantan? hihi. Pantai Irama juga ke? :)
Hana... haha. tahu takpe. tak sangka pun sampai sana. Puan Pengantin terkejut kot tengok kitorang. kikiki.
Nanti pegilah. Melihat culture dorang dan ambil yang baik. Hehe. Btw, dorgnye walimah, sangat simple. Mungkin nak dapatkan keberkatan dan kurangkan pembaziran kot. :)
wahh~ nice journey to kelantan yeah?
teringin lame dh nak rase nasik ayer tu cane rase dier~
@::Hanyll::
yeah2!! hehe. nasi ayer? emm emm emm. kita pun xtau cane rasa dia. aeh, nanti, boleh try g sana. jjcm. have fun! :)
Post a Comment