Salam Bahagia semua!! :)
Kali ini bercerita pasal Abah Ummi dan Anak.
Nothing special. Just to remind myself and keep it as my memory. (^_^)
Pulau Pinang, 9.30pagi.
Anak: Abah. Adik nak bertolak dah ni. Bas dah gerak pun ni. Sampai nanti adik beritahu.
Abah: Ok. Jangan lupa telefon Angah.
JB, 7.00malam.
Anak itu baru sahaja keluarkan telefon. Kring........Kring......!!!
Anak: Aeh abah. Adik baru nak beritahu. Baru je turun bas.
Abah: haha. Abah dah agak dah. Abah dah dapat rasa.
Anak: Hihihi. Yelah tu.
Abah: Ni ummi nak cakap.
Ummi: Dah telefon angah belum? Angah kat mana?
Anak: Dah-dah. Haaaa. Ada nun. Dah nampak kereta dia. Tengah pergi ke sana ni.
Ummi: Oh.. Em adik. Kalau nak duduk lama kat JB tu, duduklah. Manalah tahu nak jumpa kawan-kawan ke.
Anak: Iyeke? Hahaha. Habistu, Ummi dan Abah sapa nak jaga?
Ummi: Hehe. Iye. Takpelah. Macam tak biasa. Abah jaga Ummi. Ummi jaga Abah. Hehe.
Anak: Ok2. Tengoklah macam mana.
Keesokan harinya.
Rumah Angah, 11.00pagi.
O'o! Telefon berbunyi. Ada siapa dalam kesusahan di sana?
(sila nyanyi macam Wonderpet. Harap maklum. ;p)
Abah: Adik bila nak balik sini?
Anak: Aeh? Bukan semalam kata boleh duduk lama-lama ke? Haha.
Abah: Hehe. Saje tanya.
Anak: Hehehe. Tahu punya. Takpe. Dapat bas nanti, adik mesej.
Abah: Ok.
Nampak sangat apa yang terlahir di bibir hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kepentingan sendiri, ditolak tepi.
p/s: Nampak sangat rindu kat "anak". Baru berapa hari. Huahahaha.
Bila angkat phone, benda pertama sebelum perkataan-perkataan seterusnya ialah....."Hello...Assalamualaikum......". Dan pasti akan dijawab, "Adik/Abah...Waalaikumussalam..". :)
Pengakhiran perbualan pun begitu juga. Kadang-kadang ada juga selitkan "bye". Hehehee. :)
6 org berkongsi rasa:
mesra nya anak abah... sonok2...
Teringin..-_-
anak kesayangan ummi dgn abah...hehe.. ;)
Azana:
err. Azana....boleh buat dengan Mama, kakak-kakak dan adik-adik juga. :)
Semoga roh Abah Azana berada bersama para Solihin. Amiin. :)
Kak Nabilah:
Takdelah anak kesayangan sangat.
Huhe.
Tapi, anak last kan. Mungkin nampak sayang lebih. Padahal, kalau anak si bongsu ni dengar dorang bercerita, pasti hal-hal kakak-kakak dan abang-abang yang lain.
Hehe.
kasih ibu dan abah..rindu mereka xdapat nak lawan rindu anak2 :)
[sutera kasih]:
betul3!! :)
Harap-harap, kita tak lupa jasa mereka membesarkan kita. ^^
Post a Comment