Salam Bahagia semua! :)
Alhamdulillah. Thank you Allah. Macam-macam hal berlaku sejak akhir-akhir ini.
Mula-mula tu, mengeluh juga. Walaupun tahu, tak baik. Huhu. Selepas itu, bila aku dah redha dengan segalanya, Dia memudahkan urusan kita. ALhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Speechless.
Sepatutnya, selepas habis praktikal, aku kena fly pergi USM. Tolong Cik S buat program. Tanggungjawab dan tugasan aku juga tu. Tapi, disebabkan Puan Ummi tak berapa nak sihat, aku terpaksa batalkan hasrat hati. Walaupun, hati memang rasa bersalah gila. Dorang curious gak kenapa aku tak hadir meeting segala. Aku diamkan aja. Yang tahu rahsia, S dan Ai. Sebabnya, S call. Ai pula, aku meminta pandangan dari beliau.
Dah berbincang dengan Puan Ummi dan Encik Abah. Dorang benarkan aku pergi Pulau Pinang sebabnya ada Abang Zaki untuk tengok-tengokkan mereka. Tapi, hati aku masih berbelah bahagi. Tapi, aku kemas juga barang sikit-sikit. Tiba pada hari kejadian, Abang Zaki kena g outstation. Oh! Rasa bersalah lagi. Fikir-fikir, tak boleh tinggalkan Puan Ummi dan Encik Abah sendirian di rumah even ada Abang Long. Sebab, Abang Long pun perlukan perhatian.
Maka, terpaksa cancelkan kejutan aku pada mereka di USM. Huhu.
Esoknya, dapat mesej dari Yu. PROGRAM DITUNDA. Wow! Mesej 2 pagi.
Bangun pagi, fikir, "Ah! Mimpi Kot.". Siap sedia kemas-kemas semua, tiba-tiba tergerak hati nak check semula handphone. And yes! Betul. Bukan mimpi.
Ape lagi. Terus call mereka sekalian di sana. Sambil menanti dengan senyuman panggilan diangkat. Tongteng2 jap. Ok. Terima dengan hati yang pasrah. Hehe.
Tak tahu lagi apa yang akan terjadi nanti. Berserah pada Takdir yang telah tertulis dan berusaha dengan baik. InsyaAllah.
Balik rumah kali ini, aku sebenar-benar jadi 'anak rumah tangga'. Hehe. Love you Ummi. Love you Abah. (n_n)
Janji ALLAH itu benar.
Ya Allah. Peliharalah iman-iman kami daripada tersasar ke jalan yang tidak Engkau redhai dan jauhkanlah diri kami dari azabMu yang amat pedih. Sesungguhnya, Engkaulah yang memegang hati-hati kami. Amiin.
And again, Perancangan Allah itu memang sudah sedia cantik dan tersusun indah untuk hambaNya. :)
And again, Perancangan Allah itu memang sudah sedia cantik dan tersusun indah untuk hambaNya. :)
2 org berkongsi rasa:
Allah sentiasa bersama kamu... :)
alhamdulillah..dipermudahkan...so...xde la rasa serba salah kan..?
moga Ummi & Abah Nur cepat sembuh.. :)
insyaAllah kak. semoga begitulah hendaknye. :)
papepun, thanx a lot kak! ^^
Post a Comment