Orang yang baik tak semestinya dia tak pernah buat benda yang jahat.
Orang jahat pula mungkin ada melakukan perkara yang baik-baik.
Salam. :)
Oh! Gembiranya dapat online jap. Alhamdulillah. Hehe.
Ok. Back to the tajuk utama ye. Pasal orang baik dan orang jahat ni. Aku ni, suka ingatkan diri sendiri, jangan pandang enteng pada seseorang itu. Baik ke jahat ke berpelajaran ke terpelajar ke. Judge orang seadanya. Jangan melebih-lebih. Not nice ok! Yelah. Sebab aku sendiri tahu yang aku pun takdala baik sangat-sangat. Pernah juga buat perkara-perkara yang nakal-nakal dan jahat-jahat. Korang?
Masa sekolah dulu, aku dapat satu kata-kata dari mana ntah aku dah tak ingat. Terima kasih la ye kepada orang tersebut. Semoga ilmu ini bermanfaat. :) Dia kata,
"orang baik yang duduk di kalangan orang yang baik-baik dan kawasan yang elok-elok, belum tentu dia baik. Tetapi, orang baik yang duduk di kalangan orang yang jahat dan kawasan yang kurang elok, mungkin dia akan berubah menjadi jahat"
Perkara yang mampu aku simpulkan di sini, seseorang itu mungkin berubah mengikut keadaan suasana sekeliling. Orang yang baik mungkin akan menjadi tak baik suatu hari nanti. Orang jahat itu mungkin akan berubah menjadi yang lebih baik. Jangan benci seseorang banyak-banyak sangat k! :)
Aku sendiri pernah lihat seseorang yang jahat, melakukan perkara yang jauh lebih baik dari orang yang sedia baik. Haaa! Korang ingat kisah semasa zaman para sahabat dahulu kala?
...Ada seorang yang jahat gegiler. Korang nak perkara jahat apa? Semua itu, semua pernah dia lakukan. Merompak. Berzina. Minum Arak. Senang cite, sume yang jahat-jahat lah. Sampai orang memang benci sangat-sangat tengok dia. Nak dijadikan cerita, semasa melalui satu kawasan yang tiada tempat untuk membuang air besar, beliau telah membina satu tempat yang tersorok yang memudahkan pembuangan sisa najis itu tadi dengan niat yang baik. Selepas itu, pedagang-pedagang yang melalui jalan itu turut menggunakan tempat itu untuk kegunaan melepaskan 'hajat'. Orang lain tidak pernah tahu akan orang yang membina tempat tersebut. Disebabkan jasa beliau, beliau diangkat oleh Allah SWT untuk masuk ke dalam syurga...
Wallahua'lam. Lihat! Kita tak perlu nampak baik dan menunjuk-nunjuk di hadapan mata manusia. Cukuplah Allah sebagai saksi, insyaAllah balasan yang baik sedia menanti.
Orang yang jahat juga, mungkin suatu ketika nanti mampu menolong kita di dalam kesusahan di saat orang yang baik tiada untuk kita.
So, be nice to everyone. Tapi, dalam keadaan dunia sekarang ini, kes bunuh, rompak, rogol, adakah sesiapa yang berani?
Teringat iklan dulu-dulu, "don't talk to stranger".
Orang di sekeliling adalah apa yang kita fikirkan. Wallahua'alam.
Ada sesiapa yang ingin memberikan pendapat? (n_n)
p/s: tapi, janganlah pula selepas ini tak nak buat baik. Hanya disebabkan takut orang anggap kita baik sahaja.
Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 (2005),
"takut untuk melakukan sesuatu yang baik, adalah riak" (Hadis)
10 org berkongsi rasa:
kunci syurga tu ucapan syahadah..
tapi jalan menuju ke syurga tu, tu yang byk halangan dan rintangan..
1st impression tu penting, tapi judegemental tu jangan..
manusia dia ada potensi pelbagai..
nak2 zmn globalisasi cam skrg..
pegi jalan2 kat bdr..
epgi surau dia..
tbe2 nampak, remaja perempuan pakai sexy habis bru kuar surau smyg maghrib..
tp bila lalu lalang kt bwh, ramai pula yang menutup aurat tak pegi smyg maghrib, berpegang tgn dgn muhrim pula tu..
(erm..sekadar cth, bkn bermaksud nak jadi sexist ya. byk jugak yg laki2 begitu)
hmm..
tapi, dua2 jenis orang dlm situasi tersebut pun, sbnrnya salah..
cuma iyalah..tiada manusia yg sempurna
cuma, kita kena sentiasa cuba untuk menjadi yang lagi baik daripada kita yang sekarang ni..
betul tak?
salam
1st gambar picture of my life contest tu, buanglah..dah lama habis contest tu..hehe
InsyaAllah, fitrahmanusia ialah dilahirkan dalam keadaan baik. Walau sejahat manapun org itu, dalam hatinya pasti terselit perasaan bersalah jika dia berbuat kejahatan. Banyak2 doa, moga semua orang dalam dunia ini baik-baik belaka..
"life is about choice"
kita yg kena pilih nk dduk dlm suasana yg mana, kl nk jd baik, dduk la dlm suasana baik.. tp bila dh rasa 'slmat' dalam suasana baik tu, kita jgn lak riak ngn mreka2 yg d luar..
nk share kata2 nih:
"I don't like what you are doing, but I respect who you are. You know why? Because maybe who you are tomorrow will be better than who I am today." - Dr. Tariq Ramadan
~sekadar prkongsian d dunia maya.. ^___^
kita syg awak.best la entry ni.superb.
senag cite...jadi lah diri sendiri..tak perlu berpura...hanya kita sendir yg tahu sifat sebenar kita.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
PINGBOX
Amin:
betul3. :) tiada yang sempurna. bab perempuan sexiest tapi g solat dan perempuan bertudung litup berpegangan tu, bab dosa pahala dalam Islam. boleh layan rancangan Dr Fadzilah Kamsah:Selami Jiwa slot bertudung-trend atau keperluan?
Ops! terpromote sudah. hehe.
Cikgu Imanshah:
hehe. thank you ingatkan. :) tapi, cam nak leave it there utk kenangan. xpelah. nanti saya susun atur blog ni semula.
Amiiinn. InsyaAllah. Saya yakin, masih ada yang baik-baik.
Setuju dengan statement tu. Ada disebutkan dalam Kalam Allah, Sebaik-baik penciptaan adalah penciptaan manusia.
Ayu Saidi:
Waaah!! Bestnye kata-kata Dr Tariq Ramadan tu. :)
Beliau ada buat buku tak? *wink3*
'Aieen:
uhibbukafillah. (n_n)
takdalah superb mana. Ilham dariNya. hehe. Thank you awak! :)
Kak Nabilah:
itu yang terbaik. hehe. :)
Semoga apa yang dilakukan adalah terbaik di mataNya. Amiin.
sbb tu org kata jgn tengok luaran je.. kenal hati org betol2.. manusia nih, kita xbleh predict~
btw, nice entry.. suke! ^_^
Keen:
yezza. kalau yg dah jadi baik tu, semoga istiqamah.
kalau yg masih di takuk lama, semoga diberikan hidayah.
awknye entry pun best juga. hehe. papepun, terima kasih ye. :)
btol 2... siapa kita untuk menilai orang lain...:)
Azana:
yup. Kita pun x sempurna. huhu~
Post a Comment