KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, July 2, 2010

Budak-budak. Layankan aje..

Bismillahirrahmanirrahim.. =)

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Baiklah. Kali ini, aku nak ceritakan sesuatu berkenaan semasa cuti panjangku. Tak silap aku hari isnin yang lepas. Masa itu, ‘berukband’ aku tetibe disfunction. So, aku pun menggeledah lah isi-isi yang tersimpan dalam lappy aku nih.

Tetibe, datang 4 orang anak chomel yang ingin menyibuk melihat aku buat apa. Aisyhhhh! Nak privacy sket pun xleh. Kaco daun tul lah. Bagi mengelakkan dorang membuat bising dan bertanya itu ini kepada makcik deme yang baik lagi cute ini pun mengaktifkan kamera lappy. Maka, terlahirlah photoshot2 ini.

Qusyairi. Suke sangat agaknye dapat pakai topeng cam Ultraman. Hahaha.

Ecah. Nama penuh dia sedap, tapi aku lupe. Hahaha. Budak ini, duk kat umah ni, since aku lepas SPM lagi. Masa tu, mak dia nak cari orang minta tolong jagakan. Kebetulan, dari aku duduk takda buat apa, Puan Ummi pun suggestkan aku suh jaga budak ini. Sekarang ini, Puan Ummi telah mengambil alih tugas aku masa tuh sebab aku sambung belajar ke JMC dan USM.

Ni Qayyum. Adik kepada Qusyairi. Makin dekat aku nak balik Penang ni, makin dia nak bermanja-manja pula dengan aku. Ehehehe..

Ni adik Ecah. Izral nama dia. Baru setahun 5 bulan kowt kalo x silap. Banyak giler keletah dia. Haha geram tau aku dibuatnya.

Ya Allah….. Sabar jelah. Pantang bebenor gamaknya kalo dapat tgk muka sendiri kat dalam skrin lappy ni. Ada sahaja tangan-tangan gatal yang menyentuh muka lappy aku. Hahahaha. Itu satu hal. Hal yang lain pula, masing-masing tiada maknanya mahu beralah untuk yang lain semasa acara bergambar berlangsung. Adoiiiyaii! Siap ada adegan menangis-nangis lagi. Hahaha.. Ntah apa-apa je. Emm takpelah. Budak-budak kan. Ntah-ntah, aku lagi teruk dari tuh. Ahakxz…!! =P

Izral…(err xtau la betul ke dak ejaan nama dak nih). Dia ni, mak aku amek upah jaga dia. Pandai sangat! Geram giler aku tgk. Ase nak gigit-gigit je. Dan memang kerja aku untuk bagi dia nangis, paling sedikit 2 kali dalam satu hari. Satu kali masa dia tengah main. Lagi satu, masa dia baru bangun tido. Hahahaha.. I like!!

Ok. Aku nak cerita fasal dia sket. Seperti yang korang tahu, aku kan perempuan. (ada sesape anggap aku lelaki ker?? Meh sini. Aku sekeh jap. =P) So, banyak la anak patung a.k.a teddy bear kat umah aku ni. Kebetulan, satu hari itu, dak ni baling kat aku sekor bear2 nih. Kalo korang dapat bear2, korang buat ape masa kecil2 dulu? Main-main cakap la kan dengan bear2 tuh. Aku pun buat bende yang sama. Aku cakap la, ‘awak…awak…nama awak sape?’, sambil aku tayangkan muka bear2 itu ke wajah budak itu. Dia bleh suke weiyh.. Haha Apelagi, segala kreativiti aku berkata-kata ngan bear2 pun terserlah. Walaupun, aku tahu, dak ini lelaki, (aku peduli ape! Har3.. =P )

Teringat aku masa kecik-kecik dulu. Hahaha rindu!!

Ok. Itu je. Sekian...

2 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

ingtkn pakai topeng betul2 td.. :)

thnks ya cz sudi follow APA KATA HATI..keep in touch.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLUEBERRY WAFFLE

nunama [REPLY]said...

blog APA KATA HATI besh! sbb tu follow.. =)

yup.. insyaAllah.. :)