KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, July 6, 2010

bersangka baik itu baik kan?

Salam Ukhwah.. =)

Bersangka baik ataupun husnuzhon. Perkataan ini selalu diucapkan oleh semua orang untuk menyedapkan hati yang sedang rawan. Hahaha. Dengan bersangka baik, fikiran kita tidak akan diganggu oleh anasir-anasir negatif yang selalu sahaja ingin mencari peluang dan ruang untuk merosakkan fikiran.

Haa! Bak kata pepatah tu, Akal merupakan Bendahara kepada Hati kerana Hati ialah Raja kepada diri. Jika AKAL mula berfikir perkara-perkara yang tidak elok, tidak manis, tidak patut, dan segala 'tidak-tidak' itu, maka, HATI kita akan dikotori oleh bintik-bintik hitam.

Aduuuhhhh!! X sanggup aku jika titik-titik hitam dalam hati bertambah. Lebih baik aku menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, kasih sayang dan pengorbanan kepada Puan Ummi dan Incek Abah serta semua orang yang berada di sekelilingku. Korang semua mesti pernah dengar kan benda nih? Ehehe saje je aku nak olah balik. =)

Bersangka baik, akan mampu memberi peluang untuk diri berfikir sedalam-dalamnya berkenaan sesuatu perkara yang telah, sedang dan akan dialami oleh kita semua. Mampu membuatkan diri terus tenang dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan dariNya yang Maha Mengetahui.

Selain itu, dengan bersangka baik, kita dapat mengelakkan permusuhan sesama kita. (Woooho!! Benda inilah yang paling aku takuti.) Permusuhan mampu meruntuhkan persahabatan yang sekian lama terjalin dalam diri seseorang itu. Mungkin hati kita tidak puas kerana kita tidak dapat tahu perkara yang sebenar.

Tetapi, ingatlah kata-kata ini, "kadang-kadang, lebih baik tidak tahu dari tahu" kan? (phrase ini dari kwn..ehehe). Walaupun, "kekadang itu, lebih baik tahu, dari terus ditipu".

Banyak lagi kebaikan dengan perbuatan bersangka baik ini. Tidak kisahlah, kita siapa, tapi, serasanya, semua orang pernah mengalami pengalaman dalam ingin bersangka baik atau tidak. Semoga kita semua mampu untuk selalu bersangka baik.

My wish: I want to be the COOLEST person! (n_n)V

Gurau-gurau: Kalau semua orang bersangka baik pada pencuri, mungkinkah bilangan pencuri akan bertambah?? =P

Sekian.. Cheerio!! ^^

p/s: thanx to Nabilah_2908. Tak sangka penulis ini melawat blog aku yang tidak seberapa sangat nih.. *blushing* ok!

p/s/s: dah lama x buat entry muhasabah untuk tatapan aku yang tengah takut, serabut, jiwa kacau ini. Hahaha. Best tau buat segmen muhasabah cam ni. Dapat relaxkan diri. Fuuuh! Lega.. =) (saya betul-betul tengah smiling nih..heehe)

4 org berkongsi rasa:

safiyyah [REPLY]said...

bersangka baik itu buat hati jadi tenang =)

nabilah_2908 [REPLY]said...

betul tu...kena sentiasa bersangka baik...tp....pada kebiasaanya..susah kan..? msti nk fikir -ve dulu.. :)

eh...sy nampak ada nama saya disitu..hehehe.. (^_^)

ke APA KATA HATI pulak,
CARTOON & ME

nunama [REPLY]said...

salam.. =)

cik hana: betul tuh! hati pun x rasa risau sangat.. ehehe..

cik nabilah: lumrah manusia.. yg x elok, mudah sahaja diikuti.. jom2!! berusaha untuk selalu bersangka baik.. ehehe..

peace! (n_n)V

Fuz [REPLY]said...

sama-sama kita muhasabah.