bismillahirrahmanirrahim... =)
GL2 sudah berlalu. Keriuhan adik-adik dari SMK Telok Kumbar semasa waktu makan tidak ku dengari lagi. Permintaan mereka untuk memintaku mengisi tambahan air tidak ku dengari lagi. Alahaiii.... macam-macam ragam. Maklumlah, aku hanya menjaga mereka waktu makan sahaja. Di dalam dewan, aku tidak tahu menahu langsung. Cuma aku mendengar cerita dari orang-orang yang terlibat di dalam itu. Tapi, tidak semua aku ketahui. ehehehe..
Bila aku kenang semula, selama 3 hari 2 malam bersama mereka, aku berasa sangat sedih. Hal ini demikian kerana mereka masih mentah. Masih tidak tahu keadaan di luar sana. Mereka masih dibayangi dengan keseronokan dan kebebasan tanpa kongkongan daripada ibubapa. Alangkah kesiannya mereka. Itulah mereka. Fasilitator-fasilitator serta semua AJK sudah memberikan nasihat supaya mereka semua mampu berubah. Kedatangan adik-adik ini sedikit sebanyak telah membuka mata kami semua bahawa, tidak semua adik-adik akan faham dan dengar apa yang ingin disampaikan. Tapi tidak mengapalah. Hal ini juga telah memberikan banyak pengalaman kami semua.
Bagi AJK dalaman, banyak kenangan yang kami cipta. Makan bersama. Tidur bersama. Bergaduh bersama. Bergurau senda bersama. Berkongsi idea. Dan bermacam-macam lagi. Selama 10 hari bersama anda semua. Karenah semua orang seindah warna pelangi. Ehehehe. Bermula dari 8hb Mei 2010 sehingga 17 Mei 2010. kami memulakan kerja Semua itu, tak mungkin dapat kulupakan. Bagi yang terlibat sebelum menjelangnya GL2, jutaan terima kasih kepada anda semua. Kalau tidak, tak mungkin GL2 ini mampu dilaksanakan.
Selain itu, bermacam peristiwa telah kita lalui bersama. Semoga segala cerita kisah indah itu semua tersemat kukuh dalam sanubari setiap orang. Kenangan terindah bersama AJK dan penggerak dalaman tidak mungkin dapat kulupakan. InsyaAllah.....
Lagukan 'SEBIRU HARI INI'
sebiru hari ini
birunya bagai langit terang-benderang
sebiru hari kita
bersama di sini
seindah hari ini
indahnya bak permaidani taman syurga
seindah hati kita
walau kita kan terpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan terpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita
sebiru hari ini
Special thanks to:
En. Fizul Din Fariq Abang Fizi Ammar Safwan Ustaz Zayd Abang Wan Fahmi
Kak Cik Izah Kak Fariza Kak Ada Kak Dila Kak Ida Kak Ani Kak Mira Sai Fiera Umairah Solehah Liyana Zafira
Kapten Adznan kak Mahfuzah Ustaz Hafiz Ustaz Ibrahim Ustaz Mikael
Tanpa dorongan dan sumbangan dari anda semua, GL2 ini tidak akan meriah. Semoga segala sumbangan yang anda salurkan mampu memberikan input-input yang baik kepada adik-adik sekalian.
Akhir kalam, semoga ukhwah kita semua dapat dikekalkan dan mendapat keredhaan Illahi..
SALAM UKHWAH!! =)
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment