Bismillahirrahmanirrahim..... :)
Buka je blog hari ini, baca emel, tengok shoutbox, macam pelik. tengok pula live traffic blog. Nampak sumber dari blog Keen banyak giler!
Aeh-aeh... Melaka itu dari Kak Nabilah. Haha. ;)
Hati serius berdebar. Macam-macam duk fikir. Apa yang aku dah buat? Ada komen yang sensitif ke? Aku ada buat salah ke? Hisyh. My heart beat faster.
Terus buka blog Keen. Nampak entry itu. Terkejut! Terharu! Tak terkata!
Serius tak sangka!
Huhu. Sebak juga rasa hati ini. Tak sangka dihargai sebegini rupa. :')
Padahal, aku hanya tinggalkan link blog Keen sahaja. Beserta blog-blog yang lain. Yang aku rasa menepati piawai standard yang Mr K tetapkan. Tak terfikir langsung hal lain. Masa itu aku hanya fikir untuk isi blog yang memberi manfaat kepada orang lain. Blog aku? ooh! Please.. Tak layak langsung. Haha.
Kalau aku linkkan blog aku kat Mr K, dah jadi tak privacy lah kan? Hihihihi.
Kalau aku linkkan blog aku kat Mr K, dah jadi tak privacy lah kan? Hihihihi.
Yup. Untuk pengetahuan teman-temanku sekalian, aku sudah banyak kali bertukar URL blog. (takdelah banyak mana. Masuk yang ini, 3 URL la. hihi.) Sebenarnya, blog aku ni, tak ramai sangat kawan-kawanku yang tahu.
Sebab sedia maklum, blog aku hanya untuk memuhasabahkan diri aku ni. Dan aku bukanlah rajin sangat update blog. Segan bila blog cikai ni diwarwarkan di blog Keen. Dulu, Kak Nabilah pun buat benda yang sama. Waaah! Serius terharu. Malu pun ada. Sebab memang tahu, blog ini tak seberapa mana. Hana pun sama. Pernah buat hal ini juga. Cuma tak mention nama blog aku. Hehe. (Selamat)
Papepun, terima kasih yang tidak terhingga kepada Keen. :)
Semoga Keen sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. ^_^
Tidak lupa juga kepada yang menjadi teman mayaku (yang baru mahupun yang lama), diharap supaya kalian sentiasa ceria selalu. Terima kasih kerana sudi jadi teman mayaku. Cuma, jangan mengharap lebih dariku. Aku masih belajar, dan sedia untuk diajar. (n_n)
Sekian dahulu, Terima kasih sekali lagi.
Ukhwah fillah. =)
"hidup ini indah jika kita yang mengindahkannya"
p/s: korang-korang....Kalau rajin, sila lawat blog mereka k. Pasti tak kerugian. Ada sesuatu yang boleh korang dapat. Peace2!! ^_^
