KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, March 4, 2015

Telekung.

Assalamualaikum. 

Hai.
Bertemu lagi.

Kali ni, nak cerita pasal tajuk kat atas tu.

Sekarang ni kan aku duduk dengan kakak aku yang ada seorang anak kecil yang akan berumur 2 tahun bulan Jun 2015.

Akibat terlalu eksaited tengok budak kecil pakai telekung, aku pon belikan dia sepasang.
oh. Comel!

Budak-budak. Pakai ape pon comel!
Hehe.

Dijadikan sewaktu maghrib,
Kami nak solat. Tetiba anak kecil ni pon nak solat sama. Aku pakaikan Telekung itu.

Masya-Allah.

Menitik air mata aku melihat dia mengikut pergerakan solat kami. Siap bacaan lagi.

Allah.

Sejuk perut aku walaupun aku tak mengandungkan dia.

Terus teringat ummi kat kampung tu.

Agaknya, macam nilah rasa ummi kalau lihat anak dia lakukan perkara yang baik dan elok.

Tersentuh.
Terharu.
Gembira bercampur aduk.
Rasa nak peluk erat.

Terima kasih Tuhan.
Atas segala kurniaan.

What if?
Kalau anak itu buat perkara yang tak elok?

Allah.

Haru biru rasanya.
Menyentap ulu hati jantung limpa.
Sedih tak terkata.

Sebab tulah, bila da berumahtangga nanti baru tersedar bahawa besarnya pengorbanan mereka.

Allahurabbi.

SayanG mereka!
:')


Thursday, February 26, 2015

Majlis Kahwin Idaman

Assalamualaikum. 

Hehe. Tajuk macam da ada calon.

Takpon. Belum bertemu lagi. Tapi ini impian. Impian sungguh.

Bila cerita kat umi pon, umi ok.

Sayang umi. Terima kasih faham anak dia yang pelik ni.

So, mari mulakan.

1. Takde sanding. Sebab aku ni pemalu orangnya. Kalau duduk kat depan tu, mesti blurr. Macam tak tau nak buat ape.

2. Sempoi sambil layan tetamu. Bila takde sanding, peluang beramah mesra dengan para tetamu tu banyak sikit. So, tetamu boleh selfie2 sambil2 tu. Takdela tetamu makan je. Pastu balik tanpa dapat berbual dengan pengantin.

Masa ni juga boleh kenal-kenal dengan orang kampung.

3. Photographer tu kalau xde xpe. Kalau ada, dikira bonus. Sebab, nak jimat. Kalau xde, nak pinjam hp atau dslr kawan2. Minta la anak sedara ambilkan. Free of charge. Senang. Dah snap2, buat album kahwin sendiri. Very the jimat.

4. Taknak make up. Sebab rasa cam hodoh giler. Hahaha. Tapi, depends la pada situasi time tu. Takut kena bebel dengan kakak2 je. Haru!

5. Makan damai. Yang ni pun tak perlu. Cuma buat tempat special sikit untuk pihak lelaki. Meraikan tetamu yang hadir. Pengantin jangan nak mengada sangat. Makan je apa adanya. Hehe. Simple.

6. Guest book. Yang ni nak kena ada. At least, dapat la tahu siapa yang hadir. Kot-kot la tak sempat jumpa orang tu.

7. Baju kawin tu semua nak simpan. Nak pakai bila rindu nak kawin. Hahahahahah. Nak pakai bila rasa menggedik. Kehkehkeh. So, nak simpan. Nak simple tapi cantik pada pandangan diri sendiri. Hee. Sebab xtau orang nampak cantik atau tak.

Emm apalagi ye. Macam nak buat sampai 10. Tapi rasanya cukup takat ni. Kalau ada, kita tulis lain.

Semoga bakal suami aku yang tak tahu siapa tu boleh terima majlis kahwin idaman aku ni.

Semoga Allah izinkan aku bertemu jodoh di dunia ini.

Aamiiin.

Selamat malam.
:)

Sunday, January 4, 2015

Pre and Post.

Assalamualaikum.

Hehe. Tiup-tiup sarang dan habuk yang bersepah sepah kat sini.

Sebenarnya terlupa password under nama nunama. Err so, guna jelah nama nur san ni. Huuu.

Pre.

Anak ternampak gambar ibu dan bapanya berdua duaan atas motor.

Ibu : haa ni ibu nak g jalan-jalan ngan abah masa tunang.
Anak : tunang? Bukan tak boleh ke ibu macam ni? Haram kan?
Ibu : aeh3.. bukan. Ibu baru kawen dengan abah masa ni. Jalan-jalan pusing Malaysia.

Post.

Anak : ibu... abang nak bawa awek abang makan-makan jap.
Ibu : haaa pegilah abang. Hati-hati bawa anak dara orang. (Dengan alasan, ibu pernah buat benda yang sama masa zaman dulu.)

Nampak normal kan?

Tapi, sebenarnya yang salah tetap salah.
fuuh. Berat nanang tajuk nih.

Contoh lain, bapa tak bagi anak hisap rokok. End up, asap berkepul kepul keluar dari bibir si bapa. Anak pon nampak inilah gaya hidup yang unggul.

Aeh macam lari topik. Macam tak sampai perkara yang nak disampaikan.

Tapi, secara kesimpulan, apa yang kita buat sebelum, kebarangkalian anak kita akan buat benda yang sama di kemudian hari. Pastu, sesedap kita nak marah kat anak kita.

Bukan senang nak jadi baik dan terus kekal baik. Ada je halangan.

Tapi, jangan pernah putus asa.
Kerana rahmat dan kasih sayang Allah tu Maha Luas.

Kalau kita pernah terjatuh, bangkit dan betulkan kesilapan.

Itu mungkin jadi kesilapan kita. Tapi, jangan diulang sehingga menjadi dosa yang berterusan.

Allah.

Berat nanang.
Semoga kita semua istiqamah.
Allahumma ammin.