KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, February 15, 2014

Tempat Baru.

Assalamualaikum.

Hai..semua.

Rindu berblogging.

Kalau yang nak tahu, aku da balik johor. Tidak di shah alam lagi.

Tempat baru.
Orang baru.
Suasana baru.
Meja baru.
Semua nak baru.

Kat sini, lebih banyak stress dengan orang daripada kerja.
Pelbagai ragam.
Sampai aku termenangis.
Huhu.

Hal menangis ni, aku simpan sendiri.
Cuma terlepas kat sorg officemates.
Frust.
Sedih.
Sakit.

Siapa yang tak sedih bila kerja orang lain, kau yang kena marah?
Cuma mungkin gaya aku tak sesuai waktu tuh. Aku ditengking dengan sadis.
It makes me hurt.
Until now.

Malu.
Malu sebab aku nangis.
Memangla lepastu aku lega.
Tapi...aku tak boleh la pandang orang tu. Sebab sudah terang lagi bersuluh dia salah. But still, tahi tu kena kat aku.

Nak buat macam mana.
This is life, yes?

Till then,
Semoga kamu kuat.
Semoga aku kuat.
Nak ajak berpimpin tangan berganding bahu, kita jauh.
Hanya doa yang mampu ku sampaikan untumu.
Harap kau juga begitu.

Salam rindu,
Nunama.
😁😉

Sunday, September 8, 2013

Awkward.

Assalamualaikum.

Permulaan ayat. Harus sopan. Eceh!

Sejak dah lama tak berhubung dengan lelaki, menjalin ikatan dengan lelaki buat aku rasa awkward kalau ada orang lelaki nak berkenalan tapi tak kena gaya.

Ya. Admit.

Dulu, masa sekolah dulu, dulu punya cerita, memang ramai kawan lelaki daripada perempuan.
Tapi, start kat matric, aku dah susah nak ada kawan lelaki. Setakat classmate, kuliyyahmate, groupkhemah-mate. Hanya itu kawan lelaki. Itupun hi hi bye bye.

Masuk u lagi. Classmate mmg ramai perempuan. Mana nak datang nye mingle-mingle dengan kaum lelaki. Memang taklah. Setakat budak kelab yang pangkat abang-abang (tapi tak panggil abang pon) adalah.

Nak cerita raya lepas sebenarnya.

Bila brader polis tahan aku dengan kawan2 semasa kitorang ontheway balik bandar daripada beraya. Siap kena tahan woi! Kena tulis nama dengan NO TELEFON!

Tapi tak kena saman. Alhamdulillah di situ.

Tapi yang taklehblah tu, brader polis tu guna no telefon add wechat.

Gaya tu buat aku rasa tak kena. Tak sesuai. So, memang cold je la.

Pastu, ada jugak member-member suruh layan je. Mana tahu jodoh. Hey people! It is not easy. Dan aku bukan jenis macam tu. Haha. Macam hape.

Aku ni kalau kawan, kawan betul-betul. Bukan setakat nak isi kekosongan nafsu. Nak tell the world, "Hey, I have a boy!"??? Huh! Pufffftt.

So, kalau nak kawan, kawan betul-betul.
Nak kenal, kenal betul-betul.

Entah.

Ada gak kawan aku kata, kalau macam tu, masa bila nak jumpa jodoh.

Nak tanya sikit.
Jodoh datang melalui cara itu je ke?
Tak kan?

So, rilek-rilek. Keep praying.

And, aku rasa aku tak bersedia lagi.
Tapi, kalau si dia sudi "menyediakan" aku ke arah itu, mari berdoa!

:)

Friday, July 26, 2013

Antara Kisah Indah.

Assalamualaikum.

Random.

Aku cuma rasa nak luahkan rasa. Supaya lepas ni aku punya rasa. Eh?

Bulan 7 bulan Reunion.
Berjumpa dengan antara kawan-kawan baik aku.
Satu di USM.
Satu di KMJ.

Memang tak sangka.
Zaman KMJ yang penuh kebudak-budakan.
Zaman USM juga begitu.

Jumpa semula macam baru berpisah semalam.
Masih boleh bergelak ketawa dan bercerita pelbagai.
Ahh. Indahnya persahabatan.
:)

Itu kisah indah.
Antara kisah indah.