KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, April 22, 2012

My Dear Ummi. :)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum Ummi.. :)

Ummi,
Walaupun Ummi semakin lama semakin manja..
Takpe. Adik faham.
Mungkin kerana meningkatnya umur Ummi.

Ummi,
Walaupun Ummi kekadang termenung mengenang nasib diri..
Takpe. Adik mengerti.
Ummi rindu akan Abah.

Ummi,
Walaupun Ummi tak lalu nak makan..
Takpe. Adik tahu.
Ummi sebenarnya sedih tak mampu nak masak macam dulu.

Ummi,
Mengertilah.

Walaupun Ummi tak mampu masak macam dulu,
Ummi tak sekuat dahulu,
Ummi tak seceria dulu,
Kami tetap sayang pada Ummi.

Hanya Ummi yang kami ada sebagai bekalan untuk berbakti.

Ummi..
Please be strong.
Please be tough.
Please be happy.

Ummi kena kuat untuk doakan adik. Doakan kami anak-anak Ummi.
Siapa lagi yang akan doakan kami kalau tidak Ummi?

Tabah ye. Jangan putus asa. Jangan bersedih.
Tolong kuat.

Sikit je lagi adik nak habis ni. Sikit sangat. Semoga apa yang kita angankan, menjadi. Amiin. :)

Ummi...
Selamat Hari Lahir
Semoga mendapat hati yang tenang.
I love you fillah.
<3



Walaupun Ummi tak tahu kewujudan blog ini, adik tetap nak ucapkan semoga Ummi sentiasa bahagia dan diindungi Allah selalu.

22 April 2011. Jumaat. Hari lahir Ummi yang ke 65.
22 April 2012. Ahad. Hari lahir Ummi yang ke 66.

23 April 2011. Ummi terkena mild strok.
23 April 2012 ni nanti, InsyaAllah Ummi kena buat operation.

Semoga pembedahan itu berjalan dengan lancar dan selamat.
Semoga Allah pelihara.

Amiin.
:)

Sunday, April 15, 2012

Semoga Bahagia! :)

Tak semua orang tabah melihat insan kesayangan pergi bersama orang lain.

Bila aku buat status ini semalam, sakit gler kot rasa. Padahal, orang lain punya cerita. Haiih.
Sedih ada. Terkilan ada. Tak sangka pun ada juga.
Tapi, nak buat macam mana. Mungkin memang bukan jodoh mereka.
Hati memang mudah berubah ye?
Takpe. Harap, dengan yang baru ni, takkan berubah lagi. Kesian tahu.

Apa-apapun, semoga pasangan baru itu bahagia.

Semoga orang itu juga bahagia.

Semoga kita semua bahagia.

Yeaaayhh!!

Cakap memangla senang. Hati yang merasa? Tak siapa yang faham dan tahu.

Pernah ada orang pesan begini;
Jangan dikenang kisah silam. Teruskan dengan pembersihan hati, penyucian jiwa. Teruskan mencari dan menjadi yang lebih baik. Betulkan niat untuk bersama, bercinta kerana Allah. Cepat atau lambat je. Tapi, jangan terburu-buru. Cuma bersedia.

Susah juga masalah hati ni.

Dan, memang salute pada orang-orang yang tabah dan terpilih itu.

Tapi, mungkin kita tak tahu cerita di sebelah sana. Takpelah. Benda pun dah jadi. Tak guna nak kembalikan kenangan yang lalu. Masing-masing sudah punya haluan sendiri.

Shoooh3 kenangan! Pergi jauh-jauh.
Semoga kamu bahagia.
Semoga tuan empunya badan bahagia.
Semoga semuanya bahagia.
:)

Thursday, April 5, 2012

Ada Sebab!

Ada sebab kenapa Allah jadikan begitu begini.
Ada sebab kenapa kita diuji begitu begini.
Ada sebab kenapa kita terjatuh disana disini.

Ada sebab kita makan itu makan ini.
Ada sebab kita dapat itu dapat ini.
Ada sebab layanannya begitu begini.

Ada sebab selepas malam, ada siang.
Ada sebab berpuasa pagi hingga ke petang.
Ada sebab hujan turun dan kemarau.
Ada sebab langit mendung langit cerah.

Ada sebab.
Ada sebab.
Ada sebab!!

Semua ada sebab.

“...Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(Surah Ali-Imraan 3: 191)

Kadang-kadang kita lupa.
Terus menghukum tanpa menyoal.

Memang nak cari salah atau tak perasan salah?
Sebenarnya memang benci atau baru nak benci?

Beza tu.

Bila layanan orang lain pada kita, cuba tengok diri kita semula.
Bila ujian datang bertimpa, cuba tengok amalan kita.
Baikkah? Burukkah?

Semak. Perbaiki lagi.

Nak betulkan semula, memang tak boleh.
Macam jawab periksa.
Bila kertas sudah dihantar ke hadapan, tiada lagi sesi pembetulan.

Jadi macam mana?
Mahu terus dengan sikap sebegitu atau perbaiki sikap itu?

Fikir.

Mahu pisang berbuah dua kali?

Sila fikir sendiri.

Sudah-sudahlah.

Jangan selalu sangat nak cari salah orang lain.
Tengok diri dahulu.

Lihat dengan mata hati. Bukan mata-mata.

:)