KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, March 27, 2020

Malaysia Berkurung : Covid19

Assalamualaikum.

Lama sangat tak meluah.
Tapi kalini rasa nak berkongsi perasaan hiba.
Sebagai catatan kenangan Covid19.

Start Perintah Berkurung 18Mac2020, Rabu.
Selalu kitorg memang akan ke pasar malam setiap minggu hari Khamis restock bahan basah. Jadi, terlepas la acara kami setiap minggu.
Minggu tu, masih ada lagi lebihan stok ayam dan sedikit ikan.
Dengan keadaan ramai yang panic buying, kami tangguhkan hasrat hati merestock barang di pasaraya besar.

Seminggu tu, makan lauk tanpa sayur dan kurang lauk ikan. Ayam sahaja. Sebab ni je ada jual kat koperasi masjid Frim.

25Mac2020.
Pagi-pagi da menapak ke Mydin. Terpaksa restock barang juga sebab mmg kekeringan sangat da. Nampak sayur hijau, rasa nak menangis. Nampak ikan pelaling, mata aku da bulat-bulat. Tekak da telan air liur.

Sampai je rumah, terus masak lauk, goreng sayur dan ikan. Rinduuuuu sangat dengan sayur dan ikan goreng.
Menitik-nitik air mata masa menyiang dan goreng tu. Masuk je sayur dalam mulut, tak terluah perasaan syukur yang teramat dapat makan sayur. Seriyes. Masa taip ni, teringat perasaan tu. Cubit ikan sikit, terasa kenikmatan yang tak terhingga.

Terus cakap kat suami, kita ni untung sangat kan abang. Masih lagi dapat makan ayam dan nasi walau takde sayur dan ikan. Camtula agaknya, perasaan org kat Palestin, Syria atau negara-negara yang berperang tu. Patut pon, dorg dapat roti yangkeras kematu pon dorg berebut-rebut.

:'(

See. Menitik lagi air mata aku teringat scene ni. Walaupun da beberapa hari lepas berlalu.

Allahu.
Kita ni beruntung sangat.
Sangat. Sangat. Sangat!
Masih lagi boleh tidur selesa.
Mandi.
Makan.
Basuh baju.
Pakaian pon ada je.
Hanya disuruh duduk di rumah, macam-macam bunyi keluar.
Komplen itu ini.
Condemn itu ini.

Allahu.
Sebak sangat dada ni.
Rasa nak pecah.
Rasa malas nak baca coretan yg kononnya ustaz, tapi berdengki orang buat baik.
Sebenarnya memang tak baca. Tapi kawan share, terbaca la juga.
Kenapa boleh bersikap begitu?
Hanya dia dan Allah yg tahu.

Ya Allah.
Ampunkan dosa kami ya Allah.
Terima taubat kami.
Matikan kami dalam iman, husnul khotimah dan Engkau redhai.
Jauhkan diri kami dari fitnah dunia, fitnah dajjal.
Hapuskan segala musibah yang melanda ini.
Hapuskn Covid19 ya Allah.

La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil adzim.

La ila hailla anta subhanaka inni kuntumminadzolimiiin.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
Surah Al-Baqarah 2 : 155

#stayAtHome
#frimKepong
#RMO10

Thursday, October 17, 2019

Pelupa.

Assalamualaikum.
Hi blog.
:)

Kesian kamu.
Mesti rindu sama gue.
Lol!

Sebenarnya, ummi lupa password dan emel untuk nunama.
Hahahaha.

Ape la ummi ni.

Now, ummi tak boleh nak organize proper blog ni.
Maafkan sahajala kalau ada orang komen bukan-bukan tu.
Ummi tak dapat nak delete komen tu.
Huuuuuhu.
Sadis.

Ok.
Till then, i will write something later on.
Even sekarang ni, macam-macam benda ummi nak share.

Perjalanan, kehidupan, kerjaya, family, masyarakat...
Ahhhh! Too many things to share.

Sampai tak tahu nak mula mana.

Aeh? Dah till then, masih membebel.
Lol!

Ok, last.

See you soon.
Jaga iman dan akhlak okeh.
;)

Wednesday, November 21, 2018

Ummi's Diary

Assalamualaikum.

Hai blog.
:)

Thank you sudi jadi bahan terapi diri.
Btw, saje je ni coret sesuatu.

Waktu ni, tengah tunggu azan Isya'.
MYR sedang tidur.
Abi MYR, ada tournament.

Mana tahu ada rezeki.
Yeay!
Sebab abi akan bagi semua kat ummi.
haha.

Semoga Allah pelihara abi MYR.
Berkati rezekinya.
Halalkan rezekinya.
Sihatkan tubuh badannya.
Jauhinya dari segala bencana.
InsyaAllah.

Semoga hubungan ini Allah redhai.
:)

With love,
ummi.

ps: da azan. Ummi better stop writing, and take ablution. Pastu, baring with MYR. :p