KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, May 28, 2012

[monolog]

waarghh!!

sebenarnya, minggu lepas, macam-macam hal berlaku.
terlalu banyak dan bermacam.
sampai aku rasakan minggu lepas terlalu panjang.

untuk minggu ni, tak tahu ape yang berlaku.
just waiting and hoping.
:D

bila dah nak habis belajar ni, terasa macam........... no words can explain!

Aku nak betulkan niat semula.

"Ya Allah ya Tuhanku.Kau lapangkanlah dadaku dalam memahami ilmuMu.Kau tetapkanlah niat ku supaya belajar untuk mendapat keredhaanMu,bukan untuk lulus peperiksaan semata.Bukan juga untuk bermegah.Bukan juga untuk benda selain itu ya Allah.
Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya dengan sabar dan penuh rasa kesyukuran.Kerana aku yakin dan pasti, hal itu ada rahsiaMu.Hal itu kejutanMu buatku.
Terima kasih ya Allah atas segalanya."

Ok.

Nak mula persediaan untuk exam bulan 6.
Say no to "main-main".

Selamat tinggal tempat permainan! Jumpa lagi nanti. ^__^

Friday, May 11, 2012

#1 Kenangan

Haha.
Cakap pasal budak-budak, ada satu kisah ni.
Memang tersengih-sengih la bila aku ingat balik.

Aku bawa anak menakan aku jalan-jalan.
Sebab ape ntah, tak ingat.
Tapi, aku rasa sebab perangai 'baik' dorang kot.
hehe.

Jalan-jalan naik motor.
Dua kat belakang, sorang kat depan.
Dah macam makcik-makcik dah aku rasa.
Ye..Aku tahu. Bahaya kan?
Dorang tu yang confident sangat aku bawa, aku layankan jela. Huhu.

Aku bawa slow je.
Sama macam naik basikal speed low.

Masuk lorong ni, lorong tu.
Turun bukit, naik bukit.
Dorang diam je aku bawa.
Sambil-sambil tu, bising juga mulut tu.
"Ni pokok ape mamabila? Ni rumah sape? Aeh. apebende tu mamabila?"
Haha. Macam-macam.

Pastu, aku termasukla lorong yang tak pernah aku masuk
Memang saje nak cuba-cuba.
Ohh. Ada rumah kat sini.
Aeh..Jalan mati la...
Tiba-tiba, penghuni rumah tu ada membela angsa!
Dan angsa tu macam........menuju ke arah kami!
Err nak pusing kut mana ni. Aku da macam........tak tahu nak cakap.
Anak menakan da jerit-jerit.

"mamabila! cepat-cepat. Dorang nak kejar kita."
"mamabila! takut!"

Sebagai makcik yang cool, aku cakap la.
"Shyyyyyh2. Jangan takut. Kalau takut, nanti tak boleh nak buat ape."
Sempat lagi tu membebel. Padahal, jantung aku macam da nak melonjak keluar!

hehehe.
Alhamdulillah. Yeaayy!! Kitorang berjaya keluar dari kawasan misteri tu. fuuh!
Aku taip ni, terasa lagi suasana tu macam mana. Haha.
Berdebar weh.
Fikir keselamatan anak orang lagi.
Fikir keselamatan anak aku lagi. ;p

Aku siap pesan lagi kat dorang,
"Jangan cite kat ummi tau. Nanti, dia x bagi jalan-jalan dah."
Dorang mendengar kata.

Tapi, aku yang bocorkan sendiri. Huhu.
Tak sampai hati merahsiakan keselamatan anak-anak mereka dalam bahaya sebentar tadi.

Kalau aku jadi ibu dorang pun, aku nak tahu. Haha.

Ok. Itu je. Tata~ :)

Dera.

Sabar.
Kenapa perlu marah?
Budak kecil je kot.

Huhu.
Sedih.

Budak yang comel pun didera.
Budak yang kecil pun dipukul.
Salah orang la.

Dorang tu mumaiyiz tahu dak?
Mana reti nak beza betul atau salah.
Mana reti nak beza baik atau buruk.

Dah awak tu jadi mak dan ayah dorang,
kenala betulkan yang mana silap.
Tunjukkan perkara yang betul.

Kenapa budak-budak menjadi lain macam?
Mungkin perangai ibu bapa dia lain macam.
Aeh...Relax la. Kan saya cakap mungkin.
Tak semua macam tu. Tahu.

Emm..
Aku pun pernah marah anak menakan aku.
Sebab masa tu, aku macam sudah meningkat sedikit dewasa.
Particular sikit pada keadaan sekeliling.
yela..Masa budak-budak, bukan aku yang kena kemas rumah semua. Koff3.
Pastu, budak-budak ni, normal kot bersepah dan minum tumpah, makan sikit sana sikit sini.
Eiiii geram!
Macam-macam cara aku buat suruh dorang jadi 'baik'.
Padahal, aku dulu, lagi nakal. Tak sedar diri! Hahahaha. ;p

Aku jarang marah.
Cuma, tertinggi la suara time tu. Huhuhu.
Bila marah tu, aku terus blah pegi dapur. Keje banyak ni.
Rupanya ummi nampak dan dengar aku marah tu. Huhu.

Sambil aku buat keje, Ummi cakap,
"bukan tak boleh kemas lepas dorang buat sepah. Bukan tak boleh lap balik. Nak juga marah budak tu. Dulu, masa adik kecil, lagi la. Macam-macam adik buat sepah. Semua benda jadi alat permainan. Biar rumah sepah, asal dorang masih bernyawa. Kang, bila budak-budak tu takda, awak juga yang cakap bosanla apela."

Zapppp!
Hamek ko sebiji!

Huhu.
Pastu kenala aku pujuk Ummi dan anak menakan aku.
Weh..Lama gak Ummi diam tak cakap ngan aku. Merajuk. Hoho.

Sebab tu la, lepas kejadian tu, aku biar je anak menakan aku buat sepah-sepah.
Kwang3.
Senang, tak yah kemas.
hahaha. Aeh takla. Kemas bila dorang balik la.
Cuma aku ajar dorang, lepas main, kena kemas. Nanti, aku bagi 'hadiah'. Huahaha.
Jalan-jalan pusing kampung ke. Makan aiskrim ke.
Hihi.

Sebab tula, lepas kejadian tu,
aku makin sayang budak-budak kecil ni.
Sampai, segala permainan yang baru dibeli, dorang nak tunjuk kat aku.
Asal main je, nak ajak aku.
"anak-anak, mamabila kena buat keje."

Dorang plak nak bribe aku.
"kalau mamabila main ni, kita bagi mamabila yang kuat ni."

Erk!
Aku rasa, teknik bribe aku yang dorang praktikkan la.
:P

OK. Kepada sesiapa yang nak marah/dera/pukul/sepak terajang budak kecil,
THINK BEFORE YOU ACT!

p/s: Tajuk..err macam takde kaitan. Hentam jela. kui3.

Wednesday, May 9, 2012

#1 Mumbling

Kalau dah dinamakan Ummi dan Abah..
Doa itu berkat juga.

Em ya.
Aku memang anak perempuan manja. Manja bertempat la tapinya.
Takdela merengek nak beli itu beli ini.
Mungkin aku belum sampai ke tahap itu seperti perempuan-perempuan lain.
Tapi, masih manja.

Walau jauh, walau mereka tak nampak aku, tetap sahaja aku melaporkan nak ke mana.
Mengada bukan?
Pasal exam atau test itu, biasa. Semua orang lakukannya.
Jadi, satu kebiasaan pula.
Kalau aku tidak telefon, mesej.
Pasti akan di balas, at least, "OK".

Haha.
Haiii abah aku sorang ni.
Pakai redah je. Asal maksud sampai.
Pernah juga aku tegur,
"Kenapa abah balas guna hurup besar? Macam tak bagi je."

Sangat kebudak-budakan punya soalan kan?

Abah aku terpinga-pinga.
"Aeh..takdelah."

haha. Aku tahan gelak sahaja. Tak reti nak tukar setting le tu. Cakap dalam hati jela. ;p

Mungkin sebab aku macam tu, mereka serahkan kepercayaan itu kepadaku.
Sebab itu banyak rahsia aku tahu. Ehem3.
Orang kepercayaan la katakan.
Huahahaha.
<Tekan punat lif, naik sendiri!>

Tapi, rutin aku berubah bila abah pergi.
Aku remove nama abah.
Aku tak save nombor abah.
Walaupun Ummi guna nombor abah.
Aku tetap tak save.
Sampai sekarang.

Haha. Kejamkan aku? :P

Tiba-tiba Ummi beritahu aku.
Ini yang buat aku sebak.
Ummi cakap,
"Adik..Nanti kalau ada test, exam, beritahu."
Aku diam.

Iya.
Aku sudah jarang melaporkan.
Pernah juga aku lapor pada Ummi. Tapi, macam lain.
Sudahnya, aku minta didoakan baik-baik untuk aku.

Ok. That's it.

Abah..
Adik masih inginkan doa dari abah.
Berikan adik semangat abah.

:')

update:
Entah macam mana. Tiba-tiba salah seorang kakakku telefon aku malam tadi. Beliau cakap,
"Iya. Doa abah dan Ummi memang penting. Tapi, pergantungan kita harus kepada Dia. Takkan kita nak harapkan lagi doa Ummi dan abah? Sampai bila? Itu dah macam tak percaya Allah.

Sayang kita pada Ummi dan abah harus bersandar pada kasih sayangNya kerana beri pinjam manusia-manusia mulia ini."