KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, January 30, 2012

Pakaian Makmal

Salam. :)

Masa haritu, agak sibuk di school. Ke hulu ke hilir siapkan radas dan bahan. Masuk lab ni, lab tu, nak guna alatan.

Kebetulan, masa haritu, ada budak ni. Dia ikut ayah dia. Ayah dia tengah repair lab kitorang. Ada buat renovation sikit. Dia nampak la kelibat aku yang kononnya sibuk ni.

Hehe....Jumpa budak kecil kan. Mestila senyum. Dapat legakan otot-otot muka. :)

Pastu, dia tanya kat ayah dia,

"Ayah...ayah...Itu doktor ke?"

"Aah." (ayah dia mungkin sibuk nak sambung perbualan)

Aku yang terdengar ni, tersenyum sampai ke telinga. Hahahaha. Budak-budak. Pantang nampak orang pakai lab coat, di katanya doktor. Pengaruh media massa la tu. Hihi.

Mesti dalam kepala budak ni pelik. Doktor ape bawa volumetric flask. Doktor ape bawa botol besar (botol reagent). Hahaha.

Nasib kamula budak. Hihi. :)

Friday, January 13, 2012

#2 JP

Salam semua. :)

Adeeh!

Sedih sebenarnya. Mata yang dulunya terang, kini kabur. Rabun jauh.


Susah jugalah nak senyum. Kadang tu, senyum secara rawak. Haha. tetibe tersenyum pada kenalan.

Dah nama pun tak nampak. Jadi, senyum sahajalah. Takdala nak buat aksi lain.

Tapi, dah namanya kenalan. Mestilah pelik bila tengok aku senyum je. At least, mesti ada "hi!".

Dah dekat, baru perasan. Adees!

Pernah juga, bagi mengelakkan aku me'nyenyum' sebarangan, jalan tunduk ke bawah.

Sudaaaahhhhhh..

Dikatakan sombong pula.

Huhu.

Maafkan saya.

Ada satu kes, tengah jalan menghadap depan (tak tunduk ke bawah) tiba-tiba ada orang melambai-lambaikan tangan. Aku pusing ke belakang. Takut-takut orang tu 'babai' kat orang lain. Rupanya, orang tu memang lambai kat aku. Aku kenal orang tu!

Ada juga yang kuarkan statement macam ni (sebab dia bercermin mata), "Siapa yang rabun ni?"

Wahahaha.

Ok. Kepada kenalan, sahabat atau sesiapa sahaja yang berjumpa saya selepas ini, sila jerit eh sebut nama saya supaya saya dapat mengenali kalian. Hihihi. Maaf ya.

Hilang Satu Nikmat.

Tapi.....Alhamdulillah. Aku masih punya nikmat-nikmat yang lain. Kaki. Tangan. Telinga. Organ dalaman dan segala macam lagi nikmat yang Dia masih beri pinjam.

Syukur.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah. :)

p/s: tak reti nak beli cermin mata. contact lens? lagi lah. T_T Sekarang mungkin boleh lagi main taknak taknak pakai, nanti...........em. Mata. Jangan kabur-kabur k. :) *senyum. dalam hati nangis.*

Thursday, January 12, 2012

Buang yang keruh, Ambil yang jernih.

Salam. :)

Kadang-kadang, kita perasan orang tu buat salah pada kita. Tapi, adakah kita sedar, mungkin sebenarnya, kita yang bersalah pada dia? 

Aish manusia. Susah bila mahu ikut kepala sendiri. 

Kita memang suka mencari alasan yang kita tak bersalah. Padahal, memang kita yang bersalah kan? 

Astaghfirullah. 

Aku terdiam bila membaca status Prof Dr Muhaya di FB. Katanya, 

“Bila jumpa seseorang bayangkan kali pertama jumpa dan jangan kenang perkara yang lalu dan buang semua prasangka. Lihat bagaimana hubungan kita akan menjadi indah” 

Haa… 

Buang segala prasangka. Barulah kita boleh menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia. 

Tapi, kadang-kadang itu, hati memang tidak tahan juga. Lagi-lagi jumpa orang yang pernah buat kita menangis, buat kita sakit hati, buat kita marah. Adeeh! 

Wahaiiilah hati…… 

Rasa macam nak cekik-cekik je kan orang tu? 

Aeh2. Sabar. (Waah! Perkataan ini lagi.) 

Tapi itulah kita. 

Suka sangat menilai orang. Memandai je. Entah-entah, orang yang kita nilai itu jaauuuuuuuuuuuhhhhhh lebih baik daripada kita. 

T_T 

Tak ke rugi namanya tu? 

Senang-senang je dia dapat pahala yang kita kumpul seciput tu. Dah la pahala kita ciput, bertambah ciput la nampak gayanya. 

Aiissyyhhhh. 

Sebab itulah, kita kena selalu muhasabah diri. Cuba cari solusi untuk masalah diri. 

Selalu sangat cari kesalahan orang lain. Padahal, itu MEMANG salah kita. 

Sendiri buat, taknak mengaku. Ceeh!! 

Jadi, selepas ini, renung-renung diri. Mungkin bisikan hati yang mengatakan “orang tu” salah, “orang ni” salah sebenarnya, kesalahan kita sendiri. Cuma, sikap defensive diri atau dalam bahasa psikologinya, pembelaan diri telah menguasai diri. Tak mahu dengar pendapat orang lain.


Kadang-kadang sifat ini elok jika sesuai pada tempatnya. 

[monolog dalaman]

Wednesday, January 11, 2012

Tempeh dan Rhizopus oligosporus (italic)

Salam Semua! ^__^

Ok.
Macam mana nak jadi tempeh? Mesti kena ada innoculum atau 'starter culture'.
Apa innoculum dan 'starter culture' untuk tempeh? Haa...benda itulah. Rhizopus oligosporus. Kalau takda innoculum ni, kacang soya takkan jadi tempeh.

Rhizopus oligosporus ni juga merupakan makhluk Allah. Cuma, dia tak nampak dengan mata kasar. Kena tengok bawah mikroskop.

Ada satu cerita ni.

Seorang penjual tempeh. Hidupnya tak sekaya macam orang lain. Pendapatannya daripada hasil penjualan tempeh. Kalau tempeh tak laku, maka, dia tak dapat duit belanja untuk hari itu. Selalunya, adala laku sikit-sikit.


Entah macam mana. Satu hari tu. Dia buat tempeh macam biasa. Dah siap semua, dia nak bawa la pergi menjual ke pasar macam biasa. Tapi, sebelum tu, dia tengoklah tempeh dia. Alangkah terkejutnya dia sebab........... kacang soya tu tak jadi tempeh lagi! Adeeh!

Dia pun mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah.

"Ya Allah ya Tuhanku. Bantulah aku ya Allah. Jadikanlah kacang soya ini tempeh macam biasa. Supaya aku dapat menjual untuk kelangsungan hidupku."

Dia pun menunggu seketika untuk memberi peluang kepada kacang soya menjadi tempeh.

Tunggu punya tunggu, hari dah beransur petang. Tak boleh jadi ni. Dia kena bawa juga tempeh-tak-jadi tu ke pasar. Kalau tak, dia tiada duit belanja untuk hari itu. Sambil berjalan menuju ke pasar, dia berdoa lagi,

"Ya Allah Ya Tuhanku. Bantulah aku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau mengetahui segalanya. Jadikanlah kacang soya ini tempeh sepanjang perjalanan aku ke pasar ya Allah."

Apabila sampai di pasar, dia mengintai bekas tempehnya itu. Kacang soya masih tidak menjadi tempeh. Sedihnya hati, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Tapi, dia masih berdoa dalam hati.

"Ya Allah ya Tuhanku. Jika tiada rezekiMu untukku hari ini, aku redha ya Allah."

Sambil mengesat air matanya.

Tiba-tiba...

Ada seorang makcik ni datang ke kedainya dan bertanya,

"Ada jual tempeh yang belum jadi tak?"

Terkejut si penjual tempeh ni. Sesi jual beli berlangsung. Rupanya-rupanya, makcik itu ingin mengirimkan tempeh-yang-belum-jadi itu kepada anaknya yang berada di luar negara.


Kalau beli tempeh yang dah siap, pasti tempeh itu akan "contaminate".

Jadi, beli tempeh-yang-belum-jadi supaya kacang soya itu akan berubah menjadi tempeh bila sampai kepada anaknya.

Subhanallah. Ya Allah.

Indah sungguh percaturanMu.

Makcik itu pun berdoa dan berterima kasih kepada Allah.

"Ya Allah ya Tuhanku. Jadikanlah kacang soya ini kepada tempeh semasa perjalanan tempeh ini kepada anak makcik ini. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas kurniaan rezekiMu."

***END***

(boleh baca link ini)

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
(Surah Yassin 36: 82)

Fungsi Rhizopus oligosporus juga mengikut aturanNya.

:)

Saturday, January 7, 2012

Usrah #1


Salam Ceria! :D


Alhamdulillah. Berpeluang pergi ke usrah. Hehe. At first, saje nak release tension lepas setengah hari tido sebab pagi tadi ada satu paper exam.

Gila tak? Tido lepas zohor bangun sebelum asar. Isyh3. Lepas bangun tido, macam tingtong jap. Nak study, tak absorb. Ni yang rasa nak bermain-main. Tapi..............

Daripada bermain-main, baik pergi usrah kan? Itu fikiran aku semasa perjalanan ke sana. Dah la, kawan aku balik kampung. Mulalah hati berbolak-balik. Ceeeh! Ko pergi usrah sebab kawan ke apa? *hati berkata-kata.

Pengisian hari ini,
1. Kita berbuat baik bukan untuk JannahNya. Tetapi untuk mendapat keredhaan Allah.
Haaa... Kadang-kadang kita tak sedar. Bila kita lakukan sesuatu kebaikan itu, kita mesti nak dapat pahala. Kononnya nak dapat hadiah "Jannah" daripada Allah. Tapi, sebenarnya, hadiah "Jannah" itu tak setimpal mana pun dengan pahala kita. Jika kita kumpul pahala kita even 7 lautan, seluruh muka bumi sekalipun pahala kita, still tak setanding dengan "Jannah" Nya.

Sungguh kita manusia yang sangat perasan kan?

Keredhaan Allah itu lebih utama. (Ok. Angguk-angguk kepala.)

Padahal, tadi............... hehe. Ok. Refresh niat semula. Betulkan niat. :)

2. Syukur.
Err. Yang ni, aku nak ulas nanti, panjang berjela pula entry ni. Haha. So, sila rajinkan diri baca link INI. Entry ni dapat cover semua sekali. InsyaAllah. Baca tau. ;)

3. Pertolongan Allah itu amatlah dekat.
Kita tak perasan. Kita tak sedar. Dalam kita meminta, kadang-kadang Allah tak bagi seperti yang kita minta. Tapi, pasti Allah akan berikan sesuatu kepada kita. Mungkin melalui saluran yang lain. Allah sentiasa ada. Sama ada, pengharapan kita masih kepadaNya atau tidak. Di sinilah Allah mahu menguji sejauh mana kasih sayang kita kepadaNya.

Analogynya begini.

Kalau bil telefon, bil elektrik, bil broadband, bil astro dan sebagainya. Lambat je bayar, kita pasti dapat panggilan. Nak potonglah apalah kan?

Tapi Allah bukan begitu. Dia masih beri nikmatNya kepada kita. Mungkin kita lalai, kita tak baca Al Quran setahun, buat jahat selalu, buat perkara mungkar, tapi Dia tak pernah putus 'connection' Dia dengan kita. Masih lagi memerhatikan kita. Lihat. Betapa Allah amat menyayangi kita. Em berfikir sejenak.

4. Fitrah.
Ya. Semua orang nak jadi baik. Sebab apa? Sebab memang kita dilahirkan dari sebegitu. Lahirnya kita dalam keadaan fitrah. Suci. Bersih. Semuanya baik-baik. Sebab itulah, janganlah pula kita menghukum orang sesuka hati. Eh hello. Mereka juga inginkan kebaikan. Jadi, terimalah dengan hati terbuka jika ada orang meminta supaya didoakan kebaikan untuk dirinya. Maka, berdoalah untuk mereka.

Tapi itulah manusia. *cakap pada diri. Bila nampak orang tu nak jadi baik je, mulalah pasang daun ketupat ke buka kedai kopi ke teh ke. Biarlah dia nak jadi baik. Kan ke bagus tu. Katakanlah dia nak jadi baik sebab menunjuk. Suka hati dia. Itu urusan dia dengan Allah. Kita siapa nak cakap bad things pasal dia?

5. ABJZ (Anda Bijak, Jauhi Zina!)
Haa. Ini benda baru. Satu program bawah Raudhatus Sakinah. Ape? Ko gila? Pasal seks bebas, perempuan terlanjur blablabla. Eh eh eh. Relax. Ini merupakan program kesedaran. Salah satu pendedahan kepada masyarakat bahawa zina itu teruk sebenarnya. Program yang menarik. Nanti, rajin-rajinkan diri search ape itu ABJZ. Program dia dan sebagainya. Macam seronok! Kawan-kawan, nanti kita pergi k. Ehem!

Sebenarnya banyak nak cerita. Tapi segan nak tulis panjang-panjang. Takda siapa nak baca. Aku bukanlah reti sangat bab-bab ini. Hehe. Tapi bestlah dapat juga berkongsi sikit kat awak.

Ok. Itu je. Assalamualaikum. :)

Ohhh. Boleh tak korang rajin pergi cari kat Youtube tengok cerita pendek. Tajuk dia Kun Fa Yakuuun. Cerita dari seberang. Tapi, bukanlah merepek meraban macam cite Bawang Putih Bawang Merah. Haha. Tengok tau. Nanti, aku share cerita tu kalau korang tak sempat nak tengok. Umairah yang suggestkan. Best!!

Sebenarnya, usrah ni, bukanlah macam nak buat komplot ape ke ape. Tapi, lebih untuk menjalinkan ukhwah. Dapt jumpa orang baru. Kenal orang baru. Antara indahnya Ukhwah. Hehe.

Kerana DIA, aku dan kau bersama. ;)

Tata.
XOXOXO

p/s: ayat diolah sesuka hati mengikut kefahaman penulis. Adeeh!

Wednesday, January 4, 2012

#1 JP

Salam Semua! :D

[mood: JP]

Dalam blog ni, aku da sorok-sorok sikit-sikit entry yang dulu-dulu.
(kalau ada yang perasan lah. ;))
Itu yang kawan aku tetiba keluarkan statement.
"ayat aku tak merepek."

Hahahaha.
Padahal, ada je entry sebelum tu, merepek tahap gaban.

Sebab......
Aku ada buat 'blog' lain.
Kat situ, ayat aku.....adeeh! Macam-macam ada. Jengjengjeng.
(yeke ada?? :P)

Ok. Suka hati nak percaya atau tak. ;)

Kalau orang nak tahu pasal kita, dia akan tahu juga walau kita sorok macam mana sekali pun.
Tapi, kalau orang taknak tahu pasal kita, kita bagitahu dia pun, dia takkan ambil peduli.

Sharing is caring.
Stalking is something.
Searching is challenging.

Ehem.

Wish i can hide my identity too sometimes....Seronok juga tidak dikenali, tiada siapa menilai dan mencaci dan memuji. :)
-Wardina Safiyyah via Twitter-

Tapi, ingatlah, Allah pasti akan menghakimi kita suatu hari nanti. Huhu. :'((

p/s: oh. JP bukan nama orang ke ape. Tapi, Journal Peribadi. Eceeeeh! :P

Sunday, January 1, 2012

Nilai yang patut aku ada.



Tahun 2011.
Aku diuji dengan ujian dan kesabaran.

Awal Tahun 2012.
Aku diuji dengan kesabaran. Lagi.

Mungkin aku belum cukup sabar menjadi seorang hamba Allah yang sabar.

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar."
(Surah An-Nahl 16: 126)

Marilah kita menjadi hambaNya yang SABAR.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian-kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan KESABARAN."
(Surah Al-Asr 103: 1-3)

Aku harap aku mampu bersabar dan menahan marah.
Sifat yang baik perlu disemai dan diterapkan.
Yossshhhhhhhhh!! Hehe.  ^__^