KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, December 30, 2010

Journal Peribadi

Salam Semua!! :)

Oh. Makin lama aku menaip, makin berkisar pasal diri. Macam dah jadi Journal Peribadi pula kan? Isy3. Yang baik kita kongsi bersama, yang tak baik, korang jangan nak ikut pula ye. Jadikan ia sebagai tauladan. Macam itulah namanya manusia.

Semalam aku pergi menjelajahi tempat praktikal yang akan aku pelajari selama 4 bulan nanti. Adoiyaiii. Jauh kot. Aku ditemani anak sedara aku. M.Z.Z. Beliau baru je nak masuk Tahun 3 2011 nanti.

Nasib baik tak jadi pape. Alhamdulillah. Aku tak masuk lagi bangunan itu. Cuma kitorang pusing-pusing kat situ je. Tengok jalan. Selain itu, nak budget masa nanti. Pukul berapa kena keluar dari rumah semua. Aisyhh.

Bila aku tengok diri aku ni, mampukah ye? Perangai pun macam budak-budak lagi. Fikiran je matang sikit. Sudah ramai orang cakap macam tu. Huhu. Obvious sangat ke ek? Emm ntahla.

Sudah 2 hari aku takda appetite. Dahla kurus, bertambah kurus nanti. Sedih tahu. Isy tak tahulah kenapa mood aku macam down sahaja. Kalau ada masa terluang, aku termenung dan berfikir. Apa yang akan aku jadi nanti. Ya Allah. Sabarkanlah hati ini. Macam banyak sangat dalam kepala otak aku ni fikir. Macam-macam.

Masa cuti ini, bertambah perangai kebudak-budakan aku. Maklumlah, dikelilingi anak-anak sedara tersayang.  Dorang pula, ada yang masih kecil lagi. Segala permainan, mereka akan bawa ke rumah Puan Ummi untuk aku bermain bersama. Ada seorang ini, sanggup cari gali dalam bilik dia suatu permainan untuk dimain bersama. Permainan itu, jigsaw puzzle. Seronok!

Ok. Itujelah sedikit sebanyak pasal aku.

Apa yang aku nak highlightkan pada entry ini, dan nak minta pendapat korang.
Journal Peribadi harus diberi baca atau tidak? Sama tidak macam diari? Hanya nak tahu pendapat korang. Tolong ye bagi pandangan. Aku mohon sangat.


Bingkisan Hati:
Papepun, aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Teman Alam Maya ku. Angka belasan, tak pernah aku bayangkan langsung. Apatah lagi, angka puluhan sebegini. Terima kasih banyak-banyak ye. Kepada yang melawat dan meninggalkan komen di blog ini, terima kasih juga aku ucapkan. Jasamu ku kenang. InsyaAllah. Ukhwah fillah. :)

Tuesday, December 28, 2010

Aku Nak Bercerita Sahaja

Salam Semua! :)

Oh. Ada macam-macam cerita aku nak beritahu.

Pertamanya, memang sah seperti yang diperkatakan oleh Dr Nurul sidang 2011/2012 bermula bulan September! Aduuuh. Aku kena fikirkan jalan untuk memanfaatkan masa dengan benda yang berfaedah. Pergi mencari kerja mungkin. 4 bulan kot! Harap-harap, naik cuti nanti, minda aku tak terkejut untuk menerima pelajaran. 4 bulan praktikal, 4 bulan cuti. Memang giler. Cuti sepuasnya.

Keduanya, orang kata, praktikal ni senang je. Lagi-lagi macam aku ni. Dapat kat kerajaan. Tak banyak kerja. Yeke? Oh ye! Aku tak dapat elaun. Huhu. Macam hujung minggu tu, aku nak keje je. Tak kisahla keje kat mana-mana. Asalkan halal dan dapat duit. Biasiswa aku, katanya, dapat lewat sedikit. Bulan Februari. Perghhhh! Aku kena ikat perut ni. Badan dahla kurus, bertambah kerempeng nanti. Sian tak aku?

Ketiganya, aku risau kat kawan-kawan aku di USM. Aeh? Perlu ke aku risau? Haruslah perlu. Aku sudah meninggalkan tugas dan tanggungjawab aku kepada mereka semua. Aku harap mereka mampu terus memperjuangkannya walaupun tanpa aku. Aku tahu, sebelum ni, dorang rely kat aku. tetiba, aku takda. Huhu. Harap-harap, semua program berjalan seperti biasa. Aku yakin dorang boleh!! Yeaaayhhh!! Please... Jangan buat aku serba salah.

Seterusnya, aku masih tak jumpa lagi cabel camera aku. Ntah kat mana aku sumbat masa packing barang ritu pun aku dah lupa. Banyak gambar-gambar tergendala untuk di'upload'. Terutamanya, surprise present dari Kak Nabilah dan teman aku. Bercerita tanpa gambar, macam tipu ke? Takkan. Cuma boring sikit. Ea?

Lain-lain, aku dah keluar dari rumah untuk berjuang di medan pekerjaan sekejap. Huhu. Sedih giler tinggalkan Puan Ummi dan Incek Abah di kampung. Eleh! Mesti korang cakap, "macam tak biasa". Kali ini, adala hal yang sentimental sikit. Huhu. InsyaAllah. Kalau takda hal, setiap minggu atau dua minggu balik sana. Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja ok. Thank you.

Emm kemalasan meng'update' di blog. Tapi, kerajinan melawat blog-blog korang. Korang memang best!!
Xie xie ni men!! (n_n)

Tuesday, December 21, 2010

Jahat Tak Semestinya Semua Buruk

Orang yang baik tak semestinya dia tak pernah buat benda yang jahat.
Orang jahat pula mungkin ada melakukan perkara yang baik-baik.

Salam. :)

Oh! Gembiranya dapat online jap. Alhamdulillah. Hehe.

Ok. Back to the tajuk utama ye. Pasal orang baik dan orang jahat ni. Aku ni, suka ingatkan diri sendiri, jangan pandang enteng pada seseorang itu. Baik ke jahat ke berpelajaran ke terpelajar ke. Judge orang seadanya. Jangan melebih-lebih. Not nice ok! Yelah. Sebab aku sendiri tahu yang aku pun takdala baik sangat-sangat. Pernah juga buat perkara-perkara yang nakal-nakal dan jahat-jahat. Korang?

Masa sekolah dulu, aku dapat satu kata-kata dari mana ntah aku dah tak ingat. Terima kasih la ye kepada orang tersebut. Semoga ilmu ini bermanfaat. :) Dia kata,
"orang baik yang duduk di kalangan orang yang baik-baik dan kawasan yang elok-elok, belum tentu dia baik. Tetapi, orang baik yang duduk di kalangan orang yang jahat dan kawasan yang kurang elok, mungkin dia akan berubah menjadi jahat"

Perkara yang mampu aku simpulkan di sini, seseorang itu mungkin berubah mengikut keadaan suasana sekeliling. Orang yang baik mungkin akan menjadi tak baik suatu hari nanti. Orang jahat itu mungkin akan berubah menjadi yang lebih baik. Jangan benci seseorang banyak-banyak sangat k! :)

Aku sendiri pernah lihat seseorang yang jahat, melakukan perkara yang jauh lebih baik dari orang yang sedia baik. Haaa! Korang ingat kisah semasa zaman para sahabat dahulu kala?

...Ada seorang yang jahat gegiler. Korang nak perkara jahat apa? Semua itu, semua pernah dia lakukan. Merompak. Berzina. Minum Arak. Senang cite, sume yang jahat-jahat lah. Sampai orang memang benci sangat-sangat tengok dia. Nak dijadikan cerita, semasa melalui satu kawasan yang tiada tempat untuk membuang air besar, beliau telah membina satu tempat yang tersorok yang memudahkan pembuangan sisa najis itu tadi dengan niat yang baik. Selepas itu, pedagang-pedagang yang melalui jalan itu turut menggunakan tempat itu untuk kegunaan melepaskan 'hajat'. Orang lain tidak pernah tahu akan orang yang membina tempat tersebut. Disebabkan jasa beliau, beliau diangkat oleh Allah SWT untuk masuk ke dalam syurga...

Wallahua'lam. Lihat! Kita tak perlu nampak baik dan menunjuk-nunjuk di hadapan mata manusia. Cukuplah Allah sebagai saksi, insyaAllah balasan yang baik sedia menanti.

Orang yang jahat juga, mungkin suatu ketika nanti mampu menolong kita di dalam kesusahan di saat orang yang baik tiada untuk kita.

So, be nice to everyone. Tapi, dalam keadaan dunia sekarang ini, kes bunuh, rompak, rogol, adakah sesiapa yang berani?

Teringat iklan dulu-dulu, "don't talk to stranger".

Orang di sekeliling adalah apa yang kita fikirkan. Wallahua'alam.

Ada sesiapa yang ingin memberikan pendapat? (n_n)

p/s: tapi, janganlah pula selepas ini tak nak buat baik. Hanya disebabkan takut orang anggap kita baik sahaja.
Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 (2005),
"takut untuk melakukan sesuatu yang baik, adalah riak" (Hadis)

Saturday, December 18, 2010

Tiba-tiba Rasa Diri Aku Pelik

Salam Kembali Kawan-kawan!! :)

Alhamdulillah. Aku masih bisa menaip di ruangan maya ini lagi. Terima kasih kepada pelawat yang sudi hadir ke sini. Kepada Kak Nabilah, terima kasih atas tag untuk BLOGLARIAN itu. Hehe. Akan cuba diselesaikan secepat mungkin. Cam best. :)

A'ha! Berkenaan kepelikan diri aku ni. Entahla. Melalui pemerhatian aku, rata-ratanya, semasa cuti dirumah (bagi pelajar yang duduk di hostel) mereka mempunyai masa yang banyak untuk blogwalking, menulis entry, dan online selalu.

Tapi, aku?? Masa di rumah la aku sibuk. Kadang-kadang bukan sibuk mana pun, cuma masa luangku telah beralih ke televisyen. Hal ini mungkin disebabkan kalau aku online, macam tak kena la pula. Puan Ummi menonton tv, aku sibuk di bilik (sebab laptop aku berada di bilik). Sudahlah aku pulang ke rumah jarang sekali. Bila sudah pulang ke rumah, masih juga mahu menghadap laptop. Tidak cukupkah aku menghadap laptop di USM selama keberadaan aku di sana? Macam tak manis kan? Itu pendapat aku. Korang rasa?

Hehe. Bukan aku tak rindu nak menaip-naip di sini, tetapi, kekangan waktu juga seakan mencemburui aku. Eceh!

Pelikkah aku?

Selain itu, aku kehilangan kata-kata untuk memotivasikan diri melalui penulisan sekarang ini. Kalau korang baca entry aku awal-awal dulu, banyak berkisar luahan hati disertai motivasi untuk diri. Tapi kini, ayat-ayat itu, tak mampu ku taipkan. Mungkin sebab aku sudah banyak mengeluarkan kata-kata itu secara lahiriah. Bukan lagi monolog dalaman. Serasa macam blog aku kehilangan arah tuju diri sahaja. Huhu. Sedih tau!

Isyh. Aku pun tak faham. Pelik sangat ke aku?

Rindu betul nak menghidupkan motivasi diri melalui penulisan. Duhai hati, sabar dan bertahanlah!

Dimana teman muhasabahku?

Diari ringkas: Dapat tahu sesuatu yang menggembirakan Kak Ai dan aku juga. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. Aku tumpang gembira bila kawan aku juga gembira. Ukhwah itu sungguh indah. Rindu pula pada kamu semua, wahai temanku. :)

Wednesday, December 8, 2010

Sedikit Kata-kata

Salam Perubahan! :)

Tertarik dengan mesej yang diberikan oleh Kak Ai.

kita ni dah masuk TAHUN baru, UMUR pun makin baru. Haisy. Jangan buat DOSA baru sudah.

Haa! Amacam? Terkena pada diri sendiri tak? Hehe. Saya baca, terus tertanam di hati. Takut takut.

Korang baca tak Doa Akhir Tahun (sebelum waktu Maghrib) dan Doa Awal tahun (selepas Maghrib)?

Kalau baca, alhamdulillah. Sebab ada disebutkan,

apabila membaca doa Akhir Tahun
"Kesusahan bagiku (syaitan) dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

apabila membaca doa Awal Tahun
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

bahan rujukan: INI
Semoga semua mendapat rahmat dariNya. :)

*** ******* ***** *******

Waah! Agak lama saya tidak meng'update' entry dalam blog ini. Rindu. Tapi, ada urusan lain yang lebih penting dan WAJIB didahulukan. Tambahan pula, kekurangan idea nak bercerita.

Sekarang ini, waktu malam digunakan untuk membacanya entry kalian. Hehe. Itupun, ada yang tak sempat nak komen kerana tiba-tiba line takda. Perghh! Sabar sahajalah.

Cuti kali ini, tetiba rasa diri cam matang sikit. Aeh? Selama ni tak matang ke? Haha. :P

Puan Ummi saya cakap, saya masih budak-budak. Cuma tindakan saya dah matang. Waah! Malu tau Puan Ummi cakap macam tu. Hehe. *blushing*

Cuti kali ini juga best. Sebab anak sedara ada di rumah. Yeaayyhhh!! Tak la sunyi sangat. Boleh di ajak bermain, bergaduh, membuli. Kan kan kan? Haha. Saya kan mak sedara yang best! Lalalala~~

Oklah. Jumpa kalian di lain waktu.

Sehingga itu, jaga diri kalian sungguh-sungguh. Jaga hati dan jaga akhlak.

Salam Ceria!! (n_n)

Friday, December 3, 2010

Ibu Bapa Satukan Kita

Salam sahabat sekalian. :)

Entahlah. Tadi, tetibe terfikir satu perkara.

"Ibu bapa menyatukan adik-beradik"

Ada satu keluarga ni, boleh bercerai berai kena kematian kedua orang tua. Isyh3. Biasakan berlaku? Realiti alam. Apabila ibu bapa dah tiada, adik-beradik mula membuat hal masing-masing.

Ada yang sibuk menguruskan rumahtangga.
Ada yang sibuk bekerja.
Ada yang sibuk sambung belajar.
Ada yang sibuk nak memungut harta pusaka.
Masing-masing sibuk
SIBUK!!
Sibuk dengan hal dunia.
Kemana hilangnya ukhwah yang terjalin sebelum kematian mereka?

Hati ini sedih.
hati ini pilu.
Hati ini sayu.

Adik beradik tidak bertegur bila berselisih jalan. Adik beradikkah namanya itu?

Isyh3. Puan Ummi dan Incek Abah sering mengingatkan kami adik beradik untuk sering mengambil berat antara satu sama lain.

Semoga ukhwah antara kami adik beradik tetap utuh dah kukuh. InsyaAllah.

Ukhwah fillah. (n_n)

Doa Rabitah:

Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

p/s: doa ini juga untuk semua teman-temanku. Amalkan bersama ok. :)
p/p/s: Ingat ye adik beradik sekalian, kita dari uri yang sama. Perut yang sama. Darah yang dikombinekan dari darah jenis yang sama. Jangan menjauhkan diri walau melakukan kesilapan.

Wednesday, December 1, 2010

Sepanjang 3 Hari.

27 NOVEMBER 2010


~~MEMBELAH AWAN~~


Assalamualaikum w.b.k.h

Ingat lagi tanggal 10 November 2010? Ya! Besday aku yang ke-21.

Alhamdulillah. Tidak kusangka, rupanya ada sequel. Aku pulang ke Johor dengan menaiki kapal terbang. Hadiah besday dari kakakku. Hehe. Alhamdulillah. Selalunya perjalanan mengambil masa 10 jam untuk sampai ke Johor, tapi kali ini, hanya mengambil masa selama 1jam5minit. 10 kali ganda kecil dari nisbah yang asal.

Tak sangka kan? Dapat hadiah selepas tarikh hari lahir. Hehe. Oh! Bukan itu sahaja. Sebelum aku melepasi boarding pass, Cik S masak spagethi untukku.

Seriusly, terharu giler. Dia memecut laju motosikalnya sebab waktu itu, panggilan terakhir penerbangan ke Johor. Terima kasih banyak-banyak Cik S. Kamu selalu buat kejutan begini. Dan, spagethi yang dimasaknya, memang sedap. Sampai licin aku makan. Huhu. Thanx a lot yar! :)

Terdapat peristiwa yang lain berlaku. Mungkin aku cerita lain hari sahaja ye. Sabar. :)

*** ******* ***** *******

28 NOVEMBER 2010

~~KEJUTAN DARI KAK NABILAH. :)~~

Sesampainya di rumah, Puan Ummi dan Incek Abah menyambut kepulanganku. Puan Ummi memasak Ikan Jahan Asam Pedas. Subhanallah! Sedap sangat. Aku bertambah-tambah nasi dalam pinggan. Memang rindu betul dengan ASAM PEDAS Puan Ummi yang satu ini. Masamnye, pedasnya, semua ada. Two thumbs up! Terima kasih ye Puan Ummi!! :)

Kemudiannya, Incek Abah memberikan hadiah yang ku terima dari Kak Nabilah sempena giveaway AKH pada 6 November 2010 yang lalu. Korang nak tahu, aku dapat special sikit dari yang lain. Waaah!! Terkejut dan terharu aku. Aku dapat apa? Nak tengok? Tapi jangan berasa jeles tau. :P

Taraaaaaaaaaa!!!!

[gambar akan diupload kemudian]

Haaa comel kan?? Hahaha. Hadiah ini pun sempena besday aku yang lalu. Hadiah selepas hari lahir juga. Terima Kasih Kak Nabilah! :) Hehe. Kebetulan, masa aku melihat hadiah aku tu, anak sedaraku ada di sebelah. Dia nak ambil ikan ni. Isyh! Mana boleh. Kalau barang aku, aku tak kisah. Tapi, ini merupakan hadiah dari someone. Mana boleh bagi orang lain. Hehe. Kejam kan?

To my niece and nephew, nanti mamabila bagi dan belikan yang lain ok? Hehe.

Coklat itu pula, aku berkongsi dengan semua. Sedap-sedap!! Hehe. Dah habis pun makan.

Seperti yang dijanjikan, aku turut dapat melihat Maher Zain. Keh3. Dah dengar pun. Waah! Semua best-best lagu dia. Cuma agak terkilan sedikit. Ingatkan beli yang original dapat semua lirik lagu yang terdapat dalam album tu, rupanya tidak. Takpelah.

*** ******* ***** *******

29 NOVEMBER 2010

~~HATI TERTANYA-TANYA~~

Tet…tet….tet… Telefon genggamku berbunyi menandakan ada satu mesej diterima.

Cik F??? Waah! Rindu?? Macam tahu-tahu sahaja. Hehe.

Oh! Sedang enak duduk merelaxkan diri selepas itu, dapat panggilan telefon dari seseorang yang meminta aku datang ke pejabat courier untuk mengambil barang.

Dalam kepala sudah berfikir yang macam-macam. Barang apa pulak? Rasanya, aku tiada buat sebarang pembelian barang masa ni. Aku meminta bantuan Incek Abah untuk mengambil barang tersebut kerana kebetulan Incek Abah berada di bandar.

Sesampainya di rumah…….



Storm Readers?? Buku apa ye??



Subhanallah!!! Biografi Muhammad bin Abdullah! Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya.

Terasa air mata bergenang di tubir mata. Syukur yang teramat. Memang tidak menyangka pun.

Di situ, tiada tertulis nama pengirim. Aku mengesyaki Kak Ai. Lantas, telefon genggam ku ambil dan terus menghantar ucapan terima kasih di atas pemberian buku yang sangat berharga ini.

Rupanya, bukan kak Ai. Tapi seorang pengirim yang tidak mahu dirinya diketahui. Surprising heh? Hehe, Tak sangka ada secret admirer. Perempuan ye yang pastinya. Hehe. Syukur! Syukur! Syukur! Dah habis pun membaca. Hehe. Nanti saya review buku tu. Meremang bulu roma seperti berada di zaman itu.

Kepada pemberi hadiah,
Terima kasih banyak-banyak. Tidak sangka akan dapat kejutan sebegini. Terharu sangat-sangat. Kalau lah aku tahu siapa pengirimnya, mahu sahaja aku menelefon beliau. Sehingga begini kejutan dia berikan kepadaku. Sememangnya, dia tahu kecintaanku kepada buku. Terima kasih yang tidak terhingga. :)

Kak Ai kata, buku ini sempena hadiah besday aku yang lalu juga. Waaah! 3 hadiah dalam masa 3 hari. Terima kasih ye semua. Korang memang the best!! =)

Tak dapat memiliki buku Bicara Pedusi dari Puan Insyirah. Mungkin sebab itulah Dia gantikan dengan yang lebih baik.

Terima Kasih ya Allah atas segala nikmatMu kepadaKu serta orang-orang disekelilingku. Terima kasih kepada si pemberi hadiah. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat olehNya. Amiin ya Rabbal A'lamin.

Oh ya! Hari ini juga merupakan tarikh lahir seorang sahabatku yang berada di Johor.

SITI MARIYAM BINTI ABDUL RAZAK
selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21!
Semoga sentiasa dirahmatiNya dan sentiasa bergembira.
senyum selalu ok?
kerana senyumanmu begitu berharga.
hehe.

*** ******* ***** *******
1 DISEMBER 2010

~~ONLINE SEBENTAR~~

Salam Ceria kawan2!! :)

Ada yang rindu saya tak? hehe. Saya ingatkan tiada. huhu. Sebentar tadi, buka sahaja FB, terdapat dua nama yang merindui saya. Huhu. Terima kasih ye kamu! Ye kamu! Cik 'Aieen dan Cik Harifa.

Terima kasih banyak-banyak kerana masih merindui saya. Saya juga sentiasa merindui anda. :) Walaupun, bantal peluk itu sudah kempis dan beg Mickey Mouse itu terkopek sedikit. Hehe.

Kepada teman alam mayaku juga. Terima kasih tidak terhingga. Terharu melihat anda singgah dan meninggalkan jejak di blog ini. Mahu lihat? Anda boleh lihat terus ke shoutbox saya di sebelah kanan screen dekstop masing-masing. Haaa nampak kan? Cikgu SR, Ayu, TZ, dan Hadi. Terima kasih ye! :)

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. (n_n)

Nota Hati yang sedang Berbunga: Subhanallah! Begitu banyak kejutan kepadaku selama beberapa hari ini. Terima kasih semua! Love you fillah! =)

p/s:
  • maaf. saya tidak online selama beberapa hari yang lalu.  Berkemungkinan juga, pada hari-hari yang mendatang. Mungkin selepas seminggu keadaan akan menjadi tenang.
  • saya doakan kalian sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa ceria ok.
  • gambar-gambar hadiah akan diupload kemudian. saya pun tak sabar nak share gambar hadiah-hadiah itu dengan anda semua. hehe
  • selepas habis exam pada hari Jumaat yang lalu, terus diserang demam, selesema dan pening kepala. Sekarang sudah semakin baik. Harap dapat sembuh dengan cepat.
"ujian adalah tarbiyah dari Allah"