KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, August 31, 2010

Oh Ramadhan!

Salam Ukhwah.. =)

Ramadhan hampir pergi meninggalkan kita.

Sempurnakah ibadat2 wajib kita??
Lengkapkah solat terawikh kita??
Tadarus kah kita?
Qiammulail bagaimana?
Hidupkah malam kita?

Ataukah kita sekadar hanya puasa semata?


"Arghh engko nih. Puasa sudahlah."

"Aku malas nak jadi hipokrit. Masa bulan Ramadhan je buat bende2 nih. Pastu, bulan lain xda."

"Takda masa lah. Bukannya aku tak buat masa bulan-bulan lain nanti."

Ya benar! Ramadhan hanya sebulan. Tapi, pahala yang dijanjikan berlipat kali ganda. Kita tahu itu. Bukan saya tak tahu yang ramai di antara kita semuanya bersekolah agama sampai darjah khas. Siap dapat Grade 1 lagi.

Tapi itulah kita. Seringkali dan suka mempersoalkan benda-benda yang berkaitan dengan agama. Cuba bagi hal lain. Isyh.. Laju je mengiakan.

Masih belum terlambat lagi untuk kita memperbanyakkan amalan. Manala tahu, berkat doa di bulan yang barakah ini, kita mampu berjaya di dunia dan juga akhirat. (n_n)V

Belum tahu lagi, kita dapat bertemu dengan Ramadhan atau tidak pada tahun2 berikutnya.

Ingat! Ajal tak mengira usia.

p/s: Takyah tengok orang lain. Tengok diri sendiri sudah.


Friday, August 27, 2010

puisi indah

cinta adalah kekuatan..
yang mampu mengubah duri jadi mawar..
mengubah cuka jadi anggur..
mengubah sedih jadi riang..
mengubah amarah jadi ramah..
mengubah musibah jadi muhibbah..
itulah cinta..

sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan dengan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri..

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping..
begitu sampai kepada cinta..

dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

indah betul puisi dalam novel dan movie "KETIKA CINTA BERTASBIH"...(n_n)V

peringatan kepada diriku juga

salam ya sahabati... :)

Ok. Pagi2 ni, sebelum mulekan apa-apa kerja, eloklah kalau kita menyebut nama-nama Allah..
Hey! Salah satu perkara yang buleh menyebabkan awet muda tau.. hik3..

Baiklah. HAri ini, biarlah artikel ni yg berbicara. Aku terdiam tanpa kata.

Cuba baca artikel ini:

Kadang-kadang, kita terlupa..terleka sebentar dengan dunia.

"apakah yang aku lakukan ini benar atau tidak?"

ketika itulah syaitan akan mula memainkan peranan iaitu menjadikan kejahatan itu suatu keindahan kepada seseorang yang terleka.

kita takkan sedar bahawa kita turut juga melakukan kesilapan dan kesalahan.
asyik ingat diri sahaja yang betul.

astaghfirullahala'zim...

pesanan kepada yang lupa...ingatan pada yang leka..


wallahua'lam.. (n_n)V

p/s: aku juga tak sempurna..

Tuesday, August 24, 2010

maafkan je..itu lebih baik

salam beserta senyuman.. =)

sesi muhasabah kembali!! ehehe..saje nak ngengada.. :p

ok kawan-kawan. Selalu kita dengar, "forgive and forget". Tapi, biasalah kan. "cakap senang, nak buat?". Take it easy my friend. Benda yang dah berlalu, biarlah berlalu. Mengapa harus dikenang dan merobek kembali luka yang lama? Tidak perlu ye. Tidak elok. Tidak Chumel. ehe....

why not, kita bina hidup baru yang lebih menceriakan, menenteramkan, dan merawat kembali luka itu. Kita tak sakit hati, tak da nak dendam-dendam, pastu, kita takda nak sedih-sedih dan nangis-nangis. *ops! kalau sbb nangis rindu kat rumah,family,kwn2 tu, lain cerita ye..harap maklum*.

mungkinlah kita akan mengambil masa yang lama. Tapi, tidak mengapa. Itu lebih baik. Take your time ok? Jangan rush-rush. Kita buat slow and steady. Takkan lari gunung dikejar. Just go with the flow. Ye dak?

Tahu tak betapa bagus dan baiknya jika kita mengawal kemarahan??
  1. InsyaAllah, kita tak tergolong dikalangan kawan-kawan syaitan. Op! direct sgt ke?
  2. Muka kita akan berseri-seri.
  3. Hati kita tak sakit.
  4. Hidup kita bahagia.
  5. Orang lain buleh buli kita. Aeh ini da lain dah ni.. :p Gurau je. Jangan marah haa..ehehe
Camne nak kawal marah ni??
  1. Bila rasa nak marah je, cepat2 kita ubah posisi kita. Cth: kalau tengah duduk, kita berdiri etc.
  2. Bila rasa nak meletup je, g bilik air. Ambil wudu' bagi yang Islam. Mandi bagi yang non-Muslim. Sebab marah kan = api. Api kan buleh terpadam bila disimbah dengan air. Ehehe..tapi, kalau nak tambahkan kemarahan lagi, leh mandi ngan alcohol..xda hal lah! :P
  3. Bila nak marah lagi, kita tarik nafas dalam-dalam supaya oksigen akan meresapi ke seluruh urat saraf dalam badan kita. Pastu, fikirkanlah kebaikan yang dia dah buat dulu-dulu. Kalau takda pon, fikirkanlah yang korang pernah buat kesalahan kat dia. Cth: cakap-cakap kat belakang dia. Isyhhh..Not Nice~~ Lain kali cakap kat depan-depan ye.
  4. Korang juga buleh makan dengan banyak. Sebab makan itu kan satu nikmat. Bila perut kenyang, kita ngantuk. Bila ngantuk, rasa nak tidur. So, bila tidur, korang buleh lah mimpi yang indah2. Cth: ada orang sponsor korang g round dunia dan mengerjakan haji. Perghhh!! Mantop lah!
Yang paling penting, kita harus ingat bahawa, kita semua ini manusia. Yang tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. So, fikir-fikirkanlah. Kalau kita tak maafkan dia, one day, mungkin orang lain pon akan melakukan perkara yang sama kat kita iaitu tak maafkan kesalahan kita. Mahu ke? Tak takut ke mati dalam keaadaan diri tak mendapat kemaafan?? Uisyhhh....Na'uzubillah hi min zalik.
Semoga kita semua mampu mengawal kemarahan kita.

Sentiasalah berdoa, supaya Allah memberikan ketenangan dalam diri setiap insan.

Sekadar perkongsian.

Wallahua'lam.. (n_n)V

p/s: sumber-sumber cerita motivasi Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. Ada gak yang dibaca sendiri dan dinasihati oleh teman-teman yang lain.

Monday, August 23, 2010

Mengemis Kasih...



something to share about..

something that i did it..

Astaghfirullahala'zim....

Ya Allah...
Semoga Kau ampuni hambaMu yang lemah ini..(T_T)

ref: lagu dari Nazrey Johani feat. Far East..

Saturday, August 21, 2010

kamu itu kawanku

entry khas untuk yang bergelar SAHABATku... =)

kawanku...
pengubat hatiku..
berada ketika aku menangis..
berada ketika aku tertawa..
memujukku..
membuliku..
mengajarkanku erti kehidupan..

kawanku..
jika akal ini masih bisa mengingatimu..
jika diriku tidak lemah dan masih berdaya..
jika aku tidak mengalami sebarang kegilaan, kelupaan..
jika aku masih bernyawa..
ketahuilah..
engkau sentiasa berada tersemat kukuh dalam sanubariku..
engkau sentiasa ada dalam setiap doaku..

kawanku..
janganlah pernah mengatakan aku tidak mengingatimu lagi..
kadangkala, setiap langkahan kaki aku bisa teringatkanmu..

ingatlah kawanku..
engkaulah kenangan terindah yang aku akan kenang seumur hidupku..

wallahua'lam.. (n_n)V


p/s: tetibe air mata menitik tanpa perlu dipaksa-paksa. (T_T)

Saturday, August 14, 2010

noktah!

Assalamualaikum.... =)

kini aku pasti..insyaAllah..semoga akan muncul sinar kebahagiaan yg akan mewarnai kembali kesuraman diri.. just terima aku yg seadanye ini..

someone said, "nape akak tgk Nur da tak macam dulu? Takda lagi salam ceria. Nmpak cam x bersemangat."

errr aku terkedu. Sejak bila, air muka ku memberikan maksud nih?? Hahahahaha..
Emm kepada kakak itu, terima kasih! =)

*Aku sudah semakin tenang dan cool berbanding dulu*

p/s: tenang ngan cool x sama ke ek? errrr... =p

Thursday, August 12, 2010

aku terharu

salam Ramadhan kepada semua... =)

hari ini simple je.

Semalam, lebih kurang kul 8pm. Tetibe aku mendapat panggilan telefon. Ok! Aku gembira. Ehehe. Aku memang ternanti-nanti panggilan beliau. Kalau dia x telefon, aku yang akan telefon akibat rindu yang membuak-buak.

Ehe biasalah tukan. Tapi yang aku tak bleh blah tu, beliau telah membuatkan aku terharu. Around kul 8pm itu...

Korang tahu tak kira2 dalam waktu itu, apa yang berlaku??? Tak tahu. Meh aku bagitau.

PENGUMUMAN MENGENAI ANAK BULAN UNTUK SAMBUT RAMADHAN......!!!

perghhhh!! aku dah meleleh dah bile tetibe aku dengar dengan jelas pengumuman tu kat telinga nih. Beliau telah menguatkan suara tv dan mendekatkan telefon beliau di pembesar suara itu. Uhu~!

Dah rasa macam kat rumah dah... wawawawawa~~ :'(

papepun, thanx a lot Puan Ummi!!! =)
anda telah membuatkan saya terharu...huhu

p/s: Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Ummi. >.<

p/s/s: xtau kenape....smlm memang aku rasa sayu jer................airmata bergenang, tapi x nangis..

Friday, August 6, 2010

tak lama je lagi...

Salam Ukhwah.. =)

Ehe dah lama jari-jari ini tak exercise kat blog ini. Em bukan takda benda nak cite, tapi kesibukan telah menyerang. Hoho.

Ok2.. Lupakan benda yang dah lepas. hehe.. Tak lama lagi, kita da nak menyambut bulan yang berkat, bulan Ramadhan. Bulan yang sepatutnya kita raikan dengan penuh kesyukuran dan keramaian. Bulan yang menyimpan pelbagai rahsia dari Pencipta.

Antaranya, malam Lailatulqadar. Malam yang penuh rahsia. Malam yang memberikan kemuliaan kepada sesiapa yang terpilih. Semoga kita semua berada di antara orang-orang yang terpilih itu.

Sedih. Siapa yang tak sedih. Bila Ramadhan disambut tanpa keluarga di sisi. Sudah 3 kali berturut-turut aku menyambut Ramadhan di Unisains. Mungkin ini merupakan dugaan untukku. Mungkin bagi sesetengah pihak, benda ni nampak simple. Tapi aku rasa "something is not complete" or "something is going wrong somewhere". Mungkin sebab aku dah terbiasa menyambut dengan Puan Ummi dan Incek Abah pada tiap-tiap 1 Ramadhan. Masa mula-mula dulu, kekok kot. Sambut dengan roommate. Memanglah seronok juga sambut bersama kawan-kawan, tapi tetap ada rasa kelainan. Ingat lagi. Masa berbuka, roommate pandang aku, aku pandang roommate. Hahaha.

Nak tahu tak ape yang aku rasa best sambut kat rumah??
Camni:
Sebelum berbuka ituh, aku ngan Puan Ummi akan bertungkus lumus menyiapkan santapan berbuka nanti. Pastuh, tugas aku bermula! Delivery makanan ke rumah jiran-jiran terdekat. itu dulu lah..masa aku duk kat sana..masih kanak-kanak ribena lagi. Pastuh, aku terus pulang untuk duduk kat atas kerusi yang depannye meja dipenuhi dengan makanan. Hehe

Pastuh, Incek Abah turun untuk memulakan tahlil ringkas. Masa mula-mula Incek Abah buat macam itu, aku cam tak suka gak. Ehe sebab nak tengok tv. Isyh3 teruk kan? Tapi, bila dah hari-hari Incek Abah buat, aku lak yang panggil Incek Abah untuk turun cepat buat tahlil. Hahahaha. Alhamdulillah. =)

Pastu kitorang pun berbuka puasa. Kemudian diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan bersiap-siap untuk ke surau atau masjid. Balik umah je, selalunye, aku pergi cari makanan kat dapo. Pastuh bawa mkanan tu kat depan tv dan tgk cite yang best2. Dulu..ingat tv je kejenye. Aisyhhh! =_='

Papepun, tak kisahlah Ramadhan ini kita sambut kat mana, asalkan kita dapat keberkatan dan keampunan dalam  menjalani 30 hari untuk mengawal nafsu, meningkatkan iman dan memperbaharui diri ke arah yang lebih baik.

Ada kawan post kat FB,
"Nama sy Syaa'ban. Sy ingin mengingatkan anda bahwa jiran sy iaitu Ramadhan akn dtg mengunjungi anda x lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dgn menaiki Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yg berlipat ganda!"

Ok. Kalau ada kesempatan, aku cerita lagi pasal Ramadhan ok. Wallahua'lam.

Wassalam.. =)

p/s: semoga semua orang bahagia!

p/s/s: baju raya dibelanja oleh kakak lagi.